EYAH ROCKET

EYAH ROCKET
Dunia tidak menjanjikan keindahan setiap masa . Tapi akhirat ya !

Saturday, December 29, 2012

1 # Ligatkah aku ?

Assalamualaikum ...

Hidup ! .
Kau kata umpama roda yang berputar .
Susah senang terus menetap .
Bilakah mahu mati telantar ?

Itu takdir . . . . .

Adakah kau fikirkan ?.
Adakah kau bayangkan ?
Adakah kau impikan ?
Adakah kau hilangkan ?


Itu cuma persoalan . . . . .

Kau hebat ! 

Kau bijak ! 
Kau berkerjaya !
Kau bahagia !

Itu cuma pujian . . . .

HAHAHAH !
Masa kita tiba sepantas kilat .
Tak sempat itu kecuaian .

Kita perlu cepat dan ligat .
Mencari segala JAWAPAN ! .

Thursday, December 27, 2012

Sakit --"

Assalamualaikum ... APAKAH ? KENAPAKAH ? SIAPAKAH ? PERLUKAH ?  . .Arghhhh ! sakit kepala datang balik ! . Satu lepas datang satu ! Alhamdullilah Eyah terima . Ini cuma cabaran kecil jer . Kenapa sekolah awal sangat nak start ni ! Kenapa . Eyah belum habis pikir nak masuk mana . COP!! Sebenarnya sudah pikir . Tiba tiba hari ni ibu tanya balik .. Betul ke apa yang eyah pilih . Ibu bertanya sambil buat muka sedih . Rasa bersalah ! confuse ! pening !. harrrrrrrrrr . . tolong aku ~

  Eyah tak pastilah nak masuk sekolah mana dah ! SMKSP atau SMKDPB . ? Semalam beli barang sekolah sebab Eyah dah yakin dan pasti nak masuk SMKSP . But , tadi ada kawan ibu call suruh wish tahniah at Eyah . Apapun eyah kenal sangat cikgu tu . Tiba tiba dia tanya kat ibu "Eyah tak nak pindah ke ? " WHY ? . kenapa perlu persoalkan soalan tu ? . Kau tahu buat hati aku rasa bersalah dengan ibu ! .PAHAM !

 Ibu . Eyah minta maaf . Mungkin pilihan kita ada kelebihan dan kekurangan. . Entah ! tak tahu apa Eyah rasa sekarang ? . Eyah tak tahu nak pilih mana?  Eyah tak tahu nak masuk mana ? Eyah tak tahu nak ikut sapa ? Eyah tak tahu siapa benar ? Eyah tak tahu hati Eyah betul atau Ibu ? Eyah tak tahu mana yang Eyah ikut bawa Eyah berjaya ? Eyah tak tahu ibu bakal kecik hati atau tak kalau Eyah tak ikut pilihan ibu ? .

 Bukan Eyah nak kecoh tapi Blog ni tempat Eyah hilangkan segala sakit ! Ye, Eyah tak suka tansion . Tansion tu sakit . Rasa nak terkeluar biji mata ! nak tercabut leher ! membesar kepala  . Ingatnya masa bulan bulan nak PMR jer rasa macam ni . Lat dah keluar result pun rasa !. peritttt --" . Eyah tak minat sakit ni !! .

  Mungkin , Eyah ikut hati eyah . Eyah tahu ibu pun tansion sebab ramai kawan kawan ibu tanya Kenapa eyah tak pindah ? kenapa eyah pilih ssp ? . Ibu pun pening sebab ada yang suruh pindah ada yang suruh eyah stay kan ? . Mungkin ibu lagi tansion sebab ibu yang uruskan budak-budak pindah sini sana situ . Mungkin ibu lebih tahu mana yang bagus untuk Eyah . Tapi entah eyah kali ni keras dengan pilihan eyah .

  Eyah pun rasa bodoh dengan pilihan eyah . Sebab eyah pilih bukan sebab faktor yang wajar . Hanya sebab Kawan , Sukan , Cikgu cikgu . Tapi bukan sebab apa pelajarannya okey atau tak nanti ? Macam mana pelajaranya nanti ? .Tapi semua sekolah sama kan ?  Ibu yang cakap dengan Eyah masa FORM 1 dulu .  . Tapi eyah rasa itu yang eyah nak . Insyallah eyah akan belajar betul - betul .

TAPI ! Eyah tak salah kan Ibu semua ni . Eyah salahKAN! orang yang bertanya macam macam kat Ibu . Orang yang beria ria suruh eyah pindah . Eyah harap Ibu kuat . Eyah tak nak Ibu sedih dengan pilihan eyah nanti . Eyah tahu ibu percaya pada eyah . Cuma Ibu hampir hilang kepercayaan ibu tentang pilihan eyah sebab orang orang yang sibuk hasut ibu pilih itu ini kan? . IBU KUAT !

Eyah harap doa ibu dan ayah jer buat Eyah berjaya . Tapi bukan dimana Eyah berada . Jika Ibu dan Ayah sentiasa bersama Eyah . Insyallah eyah usahakan apa eyah impikan . Hope so. LOVE YOU :)

 Okey lah ! eyah nak chaww nak rehat . Malam ni training . Apa jer yang berlaku nanti eyah terima . Jika betul kena pindah Eyah ikut jer . Eyah tak tahu apa yang betul sekarang ! Eyah ikut je . . Yang penting Ibu dan Ayah gembira  . . Eyah harap itu jer :)

Sunday, December 23, 2012

Ayah ada anak Bujang ? --"

Assalamualaikum . . Hari ni siap mengemas bilik kesayangan EYAH . Tak ada lah penat . Sebab dah banyak kali kemas . Setiap kali kemas mesti ada jer yang di alih . HAHAH --" . Lepas kemas kemas tadi Ayah masuk bilik EYAH . Then , Ayah cakap

Ayah : Bila masa pulak Ayah ada anak bujang ni ? ? Ibu tengok ni bilik anak bujang ibu . --"

Eyah : happpaanya . --" . sampai hati ayah . 

Ayah : bilik anak dara banyak patung , love love , bunga bunga . 
.
Ibu : *masuk jer bilik* Ya Allah bila masa kau ubah suai ni Angah . Nampak sikit kemas kalau tak bersepah . Tak perlah bang . Minat dia . . 

Eyah : Ayah taddy bear ada tu bawah meja . Ada tiga lagi . Eyah tak nak letak kat katil takut . Yeahh ! tengok ibu anak dara ibu kan rajin ^^, .

Ayah : sampai berabuk teddy bear tu Angah letak bawah meja . . Ermmm . Nanti ayah buatkan tempat gantung pingat . Biar penuh dinding ni .

Ibu : Bang buat tempat letak peralatan dia sekali . Jadi tak ada la makan ruang  .

Eyah : Bilik macam besar jer semua benda nak letak . HAHAHA --"

Ayah : biar tersusun sikit . paham ?

Eyah : eyolahh boss ^^, .




Stick Hockey , Pemberat kaki , Peralatan taekwondo . ^^, 
Ni lah kenangan yang terindah dan kenangan pahit ^^,
#Eyah paling banyak pingat antara kak Long dan Ain . HEHEHE  --"
Tapi diorang banyak piala . --" 


Hahahah --" 

Ni ayah cakap macam anak bujang baju pun bersangkut belakang pintu --" . Please belikan almari .HAHAHA





Segalanya bilik ni tempat mendengar perasaan eyah . Tempat eyah training sorang sorang degan cermin . Ada cermin besar . Cermin tu first Eyah beli bila Bilik ni jadi bilik eyah ^^, Boleh lah berangan sorang sorang . HAHAHA . Tapi bilik ni selalu kalajengking masuk . Sebab tu letak kayu hoki sebalah katil apa-apahal papah jer . Tu pesan ayah ^^, .

  Cakap pasal Teddy Bear or Anak patung . Eyah bukan tak suka . Eyah sebenarnya takut dengan Teddy bear or Anak patung kalau letak kat katil or almari or meja . Sebab nanti eyah terbayang banyang malam dia hidup . HAHAH ^^, Dari kecik sampai terbawa bawa kebesar . Eyah ada 3 Teddy bear 2 orang bagi 1 beli . Tapi semua Eyah leta bawak meja . Dari warna Putih jadi Kelabu sebab berhabuk . HAHA .

Okey chawaw ! nak keluar dengan kawan-kawan :) .

CUCU Mu Tengah rindu :"(

Assalamualaikum ... Balik kampung jumpa Atok Admin dan Nenek Kostiah . Ni family sebelah ayah lahh . Jyeahh ! Atok bagi "wet" . Atok suruh senyap senyap jangan bagitahu cucu lain . HAHAH --" . Atok kata rahsia . Kelakarlah atok :) .

Siapa rasa dia cucu mesti ada perasaan macam ni kan ? .

Yeahh ! balik kampung tak sabar na bagitahu result periksa pada atok dan nenek . Mesti atok dan nenek bagi hadiah . !! . See --" mesti ada punya kita yang bergelar cucu ni rasa .

ATAU .

Yeahh ! balik kampung mesti Pakcik sedara or Makcik sedara bagi hadiah . Yeahh ! See--" mesti ada juga kan ?.

  Bagi aku itu dulu masa Eyah UPSR . Firstly , lepas keluar result talifon Ibu and Ayah then Talifon Nenek and Atok . Walaupun result tak bagus mesti ada habuan dari nenek . Sekarang Eyah rindu dengan Arwah nenek Iptiah . (Al-Fatiha) . Mesti kalau Arwah ada lagi . Arwah nenek yang datang Rumah pontian bagi hadiah . Dari result " Darjah 1 hingga Form 1 '' apa jer keputusan periksa yang cucu nenek and atok dapat mesti Nenek and Atok bagi hadiah . Wuuhh~ makin sungguh-sungguh lah nak belajar nombor 1-3 itu jer yang dapat hadiah . Jadi balik kampung jumpa Nenek bawa sekali dengan buku Rekod Periksa . hehehe --"

  Sekarang Eyah rindu sangat pada Arwah nenek , Kalau lah nenek masih ada . Lepas keluar result terus jumpa nenek mesti nenek cium , peluk , tidur sama sama , kemas rumah sama-sama . Sebab terus tidur kampung . HEHE ^^, Ambil hati . kihkihihk ~ . Semuanya tinggal kenangan .

  Nenek benda paling Eyah rindu sekarang nak tidur sama nenek dengar nenek berzikir , Tolong nenek susun pasu bunga kesini kesana dapat upah lumayan orhh , Makan bawah pokok kuini , Kutip durian dekat kebun . Bakar sampah sarap dekat belakang rumah , Kumpul tin dan botol lepastu jual . Haaa~ Eyah rindu nenek .

  Alhamdullilah Eyah masih ada ATOK FANDI , ATOK ADMIN dan NENEK KOSTIAH . Semoga umur mereka dipanjangkan dan sentiasa gembira .

Eyah mohon sedekahkan AL FATIHA buat arwah nenek IPTIAH BINTI ABU BAKAR . Semoga arwah ditempatkan di Kalangan orang yang beriman dan disayang Allah .  ^^,.

Saturday, December 22, 2012

FORM FOUR BURN brain --"

Assalamualaikum ... Haiyakk ~ Akhir tahun sudah bakal menjelmakan dirinya . Choii . Maksudnya , Sekarang perlu fikir betul-betul untuk masa hadapan . Masa ni lagi penting daripada berhenti sekerat jalan . Ya Allah risau hati hamba mu ini . Apakah bakal aku tempuhi pada tahun hadapan. Harapnya mudah dah gembira . Aminnn .

  Tadi balik kampung , Eyah dapatlah berbual-bual sama My Uncle . Diorang explain pasal Kos masa di Form 4 nanti . Ermmm ada yang faham apa yang Eyah fikir . Tapi ada yang shok sendiri bila cakap . HAHAHA . ! Kadang kadang gelak dalam hati jer bila dengar my pakcik pakcik ni terangkan pasal subjek subjek masa form 4  nanti .  Terima jer lah cadangan diorang . Then nanti pikir semula . kihkihihihhkih ~

 Eh~ kawan kawan Batch 97 ! apa korang ambil ? . cer share dengan aku ? . hehehe

  Pakcik pakcik Eyah soal macam Eyah ni ada pengalaman masuk Form 4 . HAHAH . Eyah pun tak tahu pasal Form 4 ni . Adalah yang Eyah faham Pasal Sians Tulen , Perdagangan , Perakaunan , Sastera and apa apa jerlah . Itu antara yang Eyah faham . Sekarang Ibu bagi Eyah 2 PILIHAN ! . Firstly , sama ada Eyah ambil SAINS TULEN ! omgg  OR Eyah ambil PERAKAUNAN ! . seee !

  Thats My Problem ~

  HAHAHA ~ Ada senior senior cakap sains tu senang and bidang kerjayanya Luas . Kalau ambil perakaunan kena main nombor jer . Oshhh . Mana ni ? . Kalau aku tanya orang soalan pertamanya . KAU NAK JADI APA ? . Heyy . Eyah pun tak tahu . HAHAH !! . Ayah and Ibu nampak yang Eyah ni luas dalam bidang sukan jadi cadangannya ambil sains . ! study hard and be Doctor for MSN  . oowhh . Macam senang jer Ibu cakap !. HAHAH . Doctor ek ? ? .. Kena strugle gila belajar kalau nak jadi Doctor tu pakcik Eyah cakap  .

So macam nak ambil cadangan kedua --"

   Yang ni Eyah macam tak berkenan sebab Eyah nombor nombor ni pun tak minat sangat ! Ahhh ~ Main nombor susah or macam macam bentuk ada (&@&#!$#%*&*&^%$#%7 986754 ) NAMPAK !, hahah
Tak kan nak jadi cikgu matematik ? or juruAudit ? or Kerani ? ..HAHA . Pandai-pandai jer aku canang kerja ! . hihihi . Pakcik Eyah cadang just ambil perakaunan nanti jadi juruAudit untuk Team Taekwondo . Buat buisnes . HAHAH . . poning poning ! .

  Dah habislah topik pasal pilih Kos . Tetiba tibaan , Ibu bertanya Angah masuk sekolah Dato Penggawa ? .HAAAA ! Eyah rasa tak . tak tak tak tak tak. dan TAK ! . Tapi kata Ayah form 3 boleh lah campur sukan and belajar duduk di SSP . Tapi naik form 4 nak ke form 5 . Focus sebaik mungkin untuk pelajaran . Kau fikir senang ke SPM ?. HAHAHA ! . Sakitt jiwa . Now !!! Just serabut pikir pindah or tak . ? Perakaunan and Sains Tulen ? .

Sebenarnya , sama jer mana-mana sekolah cuma . Kalau ambil sains stay sekolah SSP je ! Kalau ambil Perakaunan kena pindah Dato Penggawa . Nothing can be Without hand of ALLAH . Hope ALLAH help me for getting a best situation . .

 Tunggukan jawapan dan pilihan yang bakal dipilih ! ~ Saksikannnn . HAHAHA

Wednesday, December 19, 2012

Love For PMR ^^,

 Thanq's To All My Love :)# Bukan untuk membangga dengan result sebegini . Tapi ini yang Allah berikan untuk Eyah . Syukur sebab ibu dan ayah terimanya dengan kegembiraan . Tahniah buat rakan rakan seperjuangan yang lain . Rezeki kita sentiasa ada . Jadi jangan bersedih dengan apa yang kita dapat bersyukur ... 


# Only be Smile :)
 Assalamualaikum ... Sepanjang bulan ni . Hari ni adalah hari yang ditunggu tunggu oleh semua Batch 97 . Adakah segala usaha dan impian kami terjawab hari ni ? . Masing- masing kata macam nak mati tunggu result . Huuu~ Eyah terus demam . Serious , Eyah bukan risau eyah tak dapat banyak A . Tapi Eyah bimbang hati orang-orang yang Eyah sayang kecewa .

    Heheh . Result PMR yang membuat aku Tansion ! Stress ! Tertekan ! Pening ! Demam ! Batuk ! . Alhamdullilah selamat aku masih hidup . Hihihihi . Syukur kepada Allah sebab memberi Eyah keperitan untuk menunggu keputusan diumumkan diakhiri dengan Ucapan tahniah dan seyuman daripada orang-orang yang sentiasa di sisi saya . Result Eyah memang tidak sebaik Kak Long and Kawan-2 yang straight A`s . Tapi kata orang takdir Allah itu kita boleh ubah tapi tak semua . Jadi kata syukur yang paling bernilai untuk dikatakan ^^,

   Seriously , 6A 2B tu bukan target Eyah bila Tamatnya menjawab semua paper . Eyah terus dapat target berapa bakal Eyah dapat  . Sebab Eyah tahu macam mana Eyah jawab dan macam mana perasaan masa tu .   Eyah rasa syukur sangat sebab Eyah buktikan untuk diri Eyah yang sukan tu bukan penghalang untuk kita berjaya . Bagi Eyah sukan tu membawa Eyah lebih bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk Eyah study and focus apa yang Eyah impikan . Keperitan tahun ni semuanya dah terjawab . Mungkin tidak  memenuhi harapan Pengetua dan Ibu. Eyah harap mereka tetap gembira dengan result eyah ^^, .
    Masa ambil result hari ni. Eyah tak dapat nak tengok rakan-rakan lain menangis dan ketawa . Sebab Eyah datang agak lewat sikit . Hahaha . Memang saja pun sebab Eyah tak sampai hati nak tengok kawan yang tak berjaya menangis dan mungkin eyah menangis sebab result eyah . Alhamdullilah kawan kawan Eyah semua cemerlang ada juga beberapa yang tak dapat terima .

  Sampai jer sekolah tadi . First peluk pengetua dan beliau sampaikan sepatah dua kata dan selapastu jumpa cikgu cikgu lain dan baru amek result . Al kisah ~ Eyah budak last yang amek result dari kelas 3 Elite. Memang pun . Sebab Eyah masuk jer pintu pagar sekolah . Kawan kawan semua cakap weyhh tahniah and bla bla . Thanqs ^^, . Dekat Facebook pun ada senior pesan nanti masuk Form 4 jangan honeymoon sangat sebab nanti menyesal masa SPM . okey ! insyallah . Pastu sedara mara call , kawan kawan dari sekolah lain. huhuhu .



Kertas ni Eyah masih simpan sebab masa itu Eyah kena panggil dengan cikgu Kauseling sebab Result percubaa Eyah yan tak memuaskan . I`m Get it 1A 6B 1C . 
Matlamat Eyah :
" Berjaya mendapat 8A PMR 2012 Sebab saya nak ! membanggakan Keluarga  dan Ingin membuktikan yang sukan tidak menjatuhkan prestasi murid "


     Bab paling Eyah happy sebab Eyah dapat buktikan yang Kata kata Eyah benar . Walaupun tidak straight A`s macam pelajar lain . Tak baik dan bagus macam orang lain
  . Eyah ingat lagi masa lagi berapa bulan nak PMR ramai cikgu dan kawan yang tegur  Eyah seperti tak ambil peduli dengan PMR sebab Eyah masih training dan pergi tournament . Masa tu memang Eyah tansion dan sampai guru kaunseling pun tegur Eyah . Sampai masa lagi sebulan Ibu betul-betul stop semua minat Eyah atas arahan cikgu cikgu . Okey . Eyah ikut plan Ibu and hope for get a better result ^^, .  Masa ni , macam2 problem  . Heheh .  . Hahaha ^^, .

  Gambar yang kat atas tu sebenarnya , kertas selepas sesi kauseling . Sebab result Eyah ada C jadi kenalah sesi kaunseling . HAHAHAH .  First time tau kena . Cikgu kaunseling meman rapat dengan Ibu jadi dia tahu perkembangan Eyah . Jadi dia tegur sepatutnya Eyah dah boleh stop seketika untuk focus periksa . Bukan ciku kaunseling jer yang cakap tapi majoriti ramai yang cakap makcik pakcik Eyah . hehehe ^^, Nampak tak degilnya . HAHAH . Lat sebulan baru berhenti .Masa sebulan tu Bila hari training Eyah bukan baca buku termenung jer lebih . HAHAH .

  Yang penting Terima Kasih Sesangat pada My IBU sebab selalu ugut Eyah suruh belajar ! belajar ! . Kalau ibu tak ugut mungkin Eyah pun tak dapat macam ni .Ibu selalu teman belajar dan hidangkan makanan . Tak lupa juga My Ayah yang sentiasa tenang kalau Eyah buat salah tapi marah tetap marah . HAHAH . My big plesure for Sir Hery yang sentiasa support Eyah and sentiasa memberi fikiran positif  . The big thanq's too All my Teacher SMKSP jika tiada cikgu yang sentiasa tunjuk ajar dan marah saya , tegur saya pasti bukan rezeki saya kali ni. Last but not least , All my Friends Hanif , Thaqif , Amir , Humairah , Syafie , Sanie , Hamiza , Khyrin , Aimi , Syahirah , Nabila And semuaaaaaa ! Frend 3 Elite .

  One and the most I thanq's To Allah . Because without Allah nothing can be ^^, .


 Alhamdullilah . Walaupun bukan secemerlang yang di idamkan . Tapi boleh la buat gembira gembira . HAHAH ^^, . Okey chaww dulu . . Eyah ngantuk  ^^,.

Sunday, December 16, 2012

Interclub Game ^^,

Assalamualaikum ... Tajuk sampai double selamat tak triple . Hehehe . Kurang kerajinan nak update sampai 2 Entry so just sekali larung satu entry but Two Story . like like. Cerita memang mengembirakan tapi dalam kegembiraan tu sentiasa ada kesedihan terselit . Huuu~ sentiasa beringat walaupun kita gembira pasti ada yang sedih ataupun duka .

  Firstly , Nak cerita pasal game Interclub " 15 / Disember / 2012 " . .Game Interclub Kedua buat Eyah . Tak gembira sangat sebab kali Kedua dapat Pingat gangsa ! Kali Kedua kalah dengan orang yang sama --" . Tapi Eyah dah berazam . Tahun depan kalau jumpa dia lagi . Eyah akan buktikan yang Eyah boleh fight dengan  dia . Sir Hery pun cakap Eyah boleh fight degan dia . Tak tahulah apa yang tak kena minggu lepas . Seriously , Eyah rasa Eyah macam baru lawan . Slow and loading habis . Macam masuk ring tu . Terpinga pinga je . Memang rasa bersalah Sangat lah pada Sir Hery and Teacher Leza . Eyah tahu coach Eyah target Eyah sampai mana .
  So , Tahun depan Eyah kena training baik baik . Hopefuly , no injured or anything can cause me slowww . Hahahah . Tahun depan memang perlu Focus betul-2 untuk dunia taekwondo dan Pelajaran . Harapan aku tahun depan perlu target lebih cemerlang pada tahun ni . The last tournament in 2012 .
Kutipan pingat :-
Pingat 2012 :)

All Pingat ^^, .



  • EMAS        : 5
  • PERAK      : 2
  • GANGSA  : 2
# Alhamdullilah . .  Terima Kasih untuk Ibu , Ayah , Coach Sir Hery , MATSA Family and Frend ^^, .


Friday, December 7, 2012

Hati Aku . Tiada lagi persoalan ?

Assalamualaikum ...
# Berdiam itu cukup indah bagi diri ku manakala mengukir Seyuman itu cukup senang untuk hati ku . <3

  Walaupun Allah memberi setiap manusia kesabaran . Tapi sampai bila diri ini mampu bersabar jika seringkali dijadikan kepentingan diri sendiri . Jika aku hanya mampu berdiam tapi mungkin tak lama untuk aku mempertahankan sifat aku . Kerana aku ini manusia biasa yang lemah . Aku juga dikurniakan perasaan marah . Aku takut sekiranya sampai masa nanti aku menjadi luar daripada sifat diri ku . Mungkin aku akan mengguris juga hati mu .

  Aku seringkali mendiamkan siri supaya cerita yang di tengkar kan akan berhenti sekerat jalan ataupun dapat berhenti seketika bagi masing masing menenangkan diri . Tetapi sikap yang ego pada diri mu membuatkan aku tertekan !!

  Aku seperti pasrah dengan sikap diam diri aku . Yang hanya menerima segala kata mu . Segala amarah mu .Aku setia mendengar supaya kamu sering bebas dari tekanan . Kerana aku tahu kamu lebih banyak menghadapi tekanan. Berbanding aku yang hanya membuat orang tertekan .

  Hidup perlu kan Kesabaran , Persefahaman dan Pedoman untuk hidup selalu memudahkan diri sendiri dan orang lain. Bukan mudah untuk kita memberi orang lain gembira . Sedangkan hidup kita sendiri merana .

Entah ! sampai bila perlu aku melalui rasa rasa seperti ini . Aku gembira kerana sikit sebanyak perkara yang berlaku ini mengajar aku untuk bersabar . Aku tak sanggup melawan setiap kata mu . Kerana aku tahu apa yang akan berlaku apabila setiap kata mu aku lawan  . Tapi sampai bila ? !!! . .

  Hanya berdiam diri apabila dipersalahkan adalah satu tekanan yang menyakitkan untuk diri aku . Tapi aku tak sanggup melihat kau jua akan terluka dengan kata aku nanti . Tapi kenapa kamu tak pernah menilai apa yang sedang aku lakukan . Aku cuba untuk menjaga hati mu . Aku cuba ! Ya Allah sukarnya ujian mu . Sukar untuk aku menjaga perasaan orang .

 Setiap hari aku akan mendengar segala luahan perasaan mu , segala kekalutan hidup mu . Sedangkan perasaan aku . Hanya dipendamkan didalam hati seperti keranda kosong yang tidak berpenghuni . Hahhh! Hati aku sebak mengharungi segala kekalutan hidup aku ini .

 Apa yang berlaku memang ujian Allah . Aku rela menerimanya . Kadang kadang aku fiir ingin saja mati untuk orang lain senang daripada aku hidup ada sahaja masalah yang datang . Kemahuan aku untuk tinggal sendirian untuk aku layan perasaan sakit ku . Ya Allah , betul ke apa yang aku lakukan selama ini . Adakah aku hanya perlu mendiamkan diri sahaja ? Sedangkan aku sedang di perlekehkan ? . . Sesungguhnya , ujian mu amat mudah untuk aku harungi kerana adanya kegmbiraan yang menemani aku sepanjang masa . Dan adaNya kau untuk menjaga ku .

Alhamdullilah , aku akan bersabar dan terus bersabar supaya aku tidak melukakan hati mu . Aku berjanji aku akan terus sentiasa dan selalu mendengar segala tekanan mu . Itu sahaja pengorbanan sementara waktu ini yang mampu aku lakukan . Aku tak sanggup menjawab segala kata mu . Kerana aku anggap segala kata mu sebagai nasihat dan pengajaran untuk diri aku . Terima Kasih :")

Indahnya Kata #1

Assalamualaikum ...


# Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. - Hamka 

Monday, December 3, 2012

You can EYAH --"

Assalamualaikum .. wooW !. . semua sihat tak ? . .khabar baik ke ?. . ermmm Eyah hari ni kurang sihat sikit la . Tapi tak mengapa itu bukan halangan untuk aku terus melangkah ke hadapan ^^, /motivasi/ untuk diri sendiri . Bukan lah tak sihat langsung sampai nanti korang cakap Eyah tipu pula . Kata tak sihat tapi boleh update status . HAHA ^^. . hebat tak Eyah baca hati awak . awak . awak . ~ .Eyah just kena sakit pinggang lagi jer . The crazy problem come to me !! . . shouuting ~ . . Eyah kadang-kadang sengal sikit . Sakit pun macam tak sakit . Tu kadang kadang orang cakap eyah tak ada perasaan . HAHA --" . Kalau sakit tak teruk sangat kita lepak lepak arr. .heheh ~ .

  Orang kata sakit sikit jer . Orang yang kena tembak , yang excident tu lagi teruk ~ ?? .How come the people think like that . OMG !! .. Tak per tak per . . Itu semua kata kata semangat sebenarnya . Come On !! Eyah . You should think positivly . Jangan pandang ke belakang terus toleh kedepan dan berlari pantas . Game dah nak dekat . Anggap sakit tu ujian Allah untuk aku jadi orang yang sabar ! yeaash ! . aku harap ada sokongan ^^, .

  Eyah punya sakit ni kalau kat rumah rasa nak gali lobang masuk dalam tu . Memang sakit ! tapi Eyah yang rasa orang lain mana boleh rasa sebab itu Eyah punya sakit . HAHA ^^, Tetapi bila kat training macam tadi . .perhhhh air mata dah nak meleleh dah sebenarnya sebab kena sprint , kena bongkok bongkok kan badan . Tapi tengok budak ramai-ramai masih semangat lagi . Hati ni diam sikit untuk terus berkata kata untuk STOP !  ~ terus bawa fikiran ni pikir perkara perkara yang seronok . Terutama kalau boleh ketawa Eyah ketawa jer . Janji Eyah tak fikir sakit tu .

  Tahun ni la paling teruk Eyah rasa kena sakit pinggang  .Tahun lepas macam biasa biasa jer . Ermm . Tapi sebab Eyah suka apa yang Eyah buat ni . Rasa tak sampai seru lagi Eyah nak berhenti Taekwondo ni . Mungkin jika sampai masa memang perlukan rehat untuk kebaikan sendiri . Akan Eyah fikikan . Ibu kadang kadang sampai bengang dengan Eyah sebab bila nak pegi mana mana kena tengok hari . Kalau ada training tak boleh pegilah sebab Eyah tak nak ikut nanti. HEHE ^^, .

  Bila tiba tiba terfikir , Bilalah sakit pinggang ni baik ? . Ada juga terfikir boleh lumpuh ke kalau sakit pinggang ni ? . Hati selalu juga tertanya tanya . . --" . .Kata orang sakit pinggang ni susah baik . Kadang baik pun lat dua tiga hari . Silap step amekaw ! dapat balik sakitnya . Hati nak juga pergi klinik check . Tapi bila dah terniat nak pegi tu sakitnya macam tak rasa . Nanti karang doktor tanya "Sakit kat mana " Eyah tercengang pulak nak jawab . Tapi seriouslah kali ni sakitnya unik tokk~  Mula mula sakit pinggang kanan nanti gerak pelahan pegi ke peha , nanti ke belah kiri ke lutut ! huuu~ gurauan sakit ni memang menyakitkan hati --" . HAHAH . .

  Tadi penat training balik , kepala boleh layang blog lagi . Habis update ni tidur laa~ . Esok nak ke padang . Cikgu Shikin suruh ajar Zikry taegeuk untuk greeding nanti . Jangan esok tak bagun lagi sudahlah . HAHA ^^, . Tadi pagi cikgu shikin call Eyah tanya napa tak sampai lagi. Hhehe rupanya tengah jogging atas katil . heheh ^^ , okeylahh nak letak tanda (nohta) dekat sini  . Selamat Malam :)

EyahRocket ^.^"" 

Friday, November 23, 2012

Eyah Anak Loro ^^,

Assalamualaikum ... huuuu ~ Pagi ni sejuk sangat . sangat .sangattttt . . sampai bangun tidur perut terus main lagi Bunkface . Laparr --"  semua belum bangun . heee ~ Eh . eh . ! semalam masa Eyah tengok MaharajaLawak MEGA bersama Ayah dan Ibu. Eyah ada bertanyakan soalan terkezuttt pada Ayah . Tak tahulah terkejut ke tak ? .HAHAH ^^,. .

Ceritanya begini . . . . *lap screen lappy*

   Semalam lepas balik main ronders terus tengok TV dengan ayah ibu , tiba tiba teringat tadi naik Motor dengan Amir pegi rumah pengetua hantar barang sekali perjalanan balik nak pegi main ronders di rumah Syahirah terselempak ! dengan sir --" . .Hahaha  . . masa tu tak tahu kenapa tiba tiba cuak . Padahal , tak ada buat salah besar . Paling salah pun naik motor tak ada lesen dan dengan lelaki --" . HAHA . . kelakr laaa --" . Ni plan Amir laa . Eyah nak pegi sorang dia sebok nak bawa motor . Tapi tapi tapi dia bukan Boyfie kita ^^, dia dah ada orang punya . Okey cukupp intro >.<.

  Jadi bila dah tersempak tu Eyah terus buka cerita . HEHEH . lebih baik eyah cakap sendiri. So nak jadikan cerita balik petang tu terus cerita kat ayah dan ibu tadi naik Motor dengan Si anak Jef (amir) . Ibu kata tak apa , tapi jangan buat lagi Excident nanti panjang ceritanya . HEHE ^^< huuuuu keselamaatan --"  . Pastu siap-siap pegi training .

Haaaa masa mengusik ayah tiba . .lepas balik training . . .

  Eyah tanya ayah . Ayahhh 3 orang anak ayah mana paling cantik . Ayah jawab semua cantik tapi paling cantik kak Long . Eyah jawapan tu eyah dah agak dah . Kak Long eyah memang handsem ! HAHAH ^^, ramai Boyfie . BoyFie dia tak takut ke dengan dia dahla garang macam singa . HEHE ^^, . Soalan kedua Eyah tanya 3 orang anak ayah siapa paling baik ? . Ayah jawab semua baik cuma yang LORO jer tu nakal , hati keras dan macam ibu , tapi nasib hati kecik kalau tak mesti macam batu kepalanya . . macam ibu ? ? ?. Eyah heee~ tanya soalan lain ulasannya lain . hehehe --" . Pastu eyah cakap alaa anak ayah yang loro tu kan baik tambah dengan rajin . Bagiiii gorengggg = . =" . .


  Pastu ayah pun mulakan dia punya Alasannnn yang panjangnya seperti ULARsannnn . HAHA--" , Ayah cakap tak payah lah ayah nak cari contoh yang lama lama . Petang tadi siapa suruh naik motor dengan lelaki dengan tak ada lesennya . Pakai helmet tak tadi ? . Eyah alahh tu jer , ish eyah pakai helmet la . Eyah siap marah si anak Jef tu suruh pakai helmet . Tak caya ayah tanya diorang . HAHAH --" . Lagipun eyah duduk boleh masuk gajah kat tengah tu . Ayah jangan risau eyah tak buat lagi Promis ! *buat muka comel * . Lepas ni nak naik motor jangan berdua sampai ada lesen nanti . faham ! , Eyah oritte boss ^^, .

 Selepas persoalan kenakalan anak Loro encik Nordin ni terjawab eyah teus tanya " apa maksud ayah macam ibu bukan perangai nakal macam ayah ke " ? . Ayah jawab angah ni macam ibu . Ibu dulu ramai kawan lelaki sampai ayah nak kawan dengan ibu takut ibu dah ada pakwe . Eyah jadi kenemengenanya apa pak ?  Ayah jawab angah ayah tengo kawan ramai lelaki dari perempuan . Kalau tengok Kak Long seimbang . Kalau tengok ain perempuan jer . Eyah cakap mana ada ayah , sama jer . Cuma yang selalu datang rumah tu yang paling rapat yang lain rumah jauh jauh . Ayah ermmm yerlah . Eyah elehh itu jer  ? . Ayah cakap angah ni macam ibu kalau main permainan lelaki bola la, kereta control la,ronders la . Macam ibu la dulu tak reti duduk diam . Eyah HAHAH ^^, ayah jeloussss letteww ^^, .

  Anak loro tu maksudnya DUA dalam jawa . Banyak lagi ayah cerita pasal perbezaan aku dengan Along dan Ain . Tapi eyah tak larat la nak cerita semua Panjanggg Woorrrr ~ , HAHA .--" . Yang penting kata ayah , Eyah ni ada masa degil tapi bila ditegur terus buat , Tapi esok lusa buat lagi . Heee~ habit kot ?. . Yang paling best dengar ayah puji Eyah . Ayah cakap angah ni Berdikari dan Rajin ^^, tapi ada masanya kalau disuruh baru gerak kalau tak disuruh mengularr jer . . Wahhh ~ ayah baru tahu ke ? Heheh . Biasalah Eyah ikut perintah ayah suruh eyah buat . Ayah tak suruh baik tidow :)) .

  Ayah pesan tak kisah lah perangai angah ikut sapa ? atau pandai macam siapa ?. Yang penting angah jaga nama baik Ibu Ayah . Eyah Insyallahhhhhh ^^, . . Rasa nak nangis masa tu --" . Ayah buat drama sedih .HAHA . .

     Ermmm siapa anak LORO . Kita geng . Perangai kita ni ikut time . Ada masa okey ada masa minta Kaki . Heee --' . Walaupun kita ni orang kata degil . Tapi hati kita sebenarnya lembut . Anak kedua ni sentiasa nak buat orang lain ketawa walaupun hati dia tengah sedih . Orang susah nak tahu yang hati anak kedua ni tengah bersedih . Kalau anak kedua ni jatuh sakit dia tak akan tunjuk sehinggalah orang bertanya . Diorang juga suka barangan jenama walaupun pasar karat punya . HAHAH ^^, .

  Okey , laaa eyah nak sambung tidoww . Ngantuk --" . .Semoga kita jadi anak yang soleh dan soleha ^^,

Cinta ke ? --"

Assalamualaikum ... Alhamdullilah dengan izin Allah eyah masih bernafas untuk berkongsi cerita di dalam kotak diari ini . Apa ada dengan cinta MONYET ? . . hahaha ^^, Kita masih belajar tentang kehidupan yang penuh dengan ragam manusia . Yang baik , buruk , gedik , jahat , pengotor , ngemproh dan lain lagi . Hahh~ macam  ikan 8 rasa kan ? . . Minggu ni entahlah , mungkin minggu eyah penuhkan masa dengan kawan-kawan . Jadi pelbagai cerita yang berlaku antara kami atau rakan rakan Eyah . .

Hidup tidak selalu bahagia sekelip mata boleh jadi duka . . . . .

  Cinta ? . Eyah nak cerita pun eyah tak pernah bercinta ataupun bahasa saintifiknya "Couple" , Siapa la nak dengan budak perempuan yang tak secantik budak perempuan lain --" . . Heeee . Ermm dalam dua hari termasuk Hari ni Jumaat 23 November 2012 . Sahabat eyah sendiri melukakan hati sahabat eyah yang lain . Herrr~ macam menendang bola ke tiang goal . Perkara yang sia sia dilakukan tapi dengan sengaja melakukan . mensia sia kan masa :))

EYAH berkongsi pengalaman . . .

  Eyah bukan nak memburukkan mana mana pihak . Tapi sudah tercatat eyah perlu membantu kawan eyah bersama kawan kawan lain . Jadi sama sama kita jadikan pengajaran dalam hidup kita . Jika yang baik mampu kita ikut teruskan tapi jika tidak kita melangkah sejauh boleh .

*AWAS* Tolong jangan marah saya jika saya poyo --" . .saya tak tahu macam mana couple a.k.a cinta ? ?

 Kata orang CINTA tu Jodoh yang Allah tentukan untuk semua hambanya .Walaupun telah ditentukan kita perlu juga usaha mencari yang sepadan dengan hati kita . Kalau sekarang tidak sempurna mungkin suatu hari Allah akan temukan kita dengan orang yang lebih sempurna . Bagi lelaki jangan hanya seorang perempuan kau perlu muram selamanya . Bagi perempuan pula sebaliknya . Hidup tetap kena teruskan walaupun hati parah dilukakan . Apakan daya , semua Allah dah tentukan .

  Kata kata setia siapa tak boleh luahkan . Mungkin kalau Allah kurniakan mukjizat untuk kanak yang baru lahir boleh bercakap . Pastinya dia juga boleh mengatakan kata setia pada sesiapa saja . Baru satu hari eyah nampak mereka gelak tawa bersama . Bila malam hari yang sama mereka katakan lafaz putus . Dengan sebab yang sungguh menjahilkan diri sendiri . Bila perkara ini berlaku . Persahabatan mula hancur sedikit demi sedikit , Jika tiada bantuan eyah pasti Persahabatan yang di bina pasti akan musnah .

  Aku dah katakan , yang usia kita belum layak untuk bercinta . Kerana usia kita masih ditekan kan oleh Ibu dan Ayah masing masing malahan Guru juga keluarga yang usia kita ini perlu belajar mencapai cita cita . Kerana zaman modern ini jika kita lalai sedikit pastinya kita sesat . Bukan dilarang untuk bercinta tapi berfikirlah jika ingin buat keputusan .

  Siapa yang masih sebaya dengan eyah 15 ataupun yang masih bawah umur . acehhh ~ Hidup kita dihadapan banyak lagi masalah dan rintangan yang menunggu kita untuk menguji kita sama ada kita mampu maju kehadapan atau tersungkur duduk tediam . Pada usia kita memang amat digalakan meminta bantuan jika kita mempunyai masalah . Kerana usia kita masih belum cukup garam untuk mencari jalan . Kita cuma mampu menjadikan satu masalah itu sebagai pengalaman hidup kita . Supaya sampai masa ia berlaku kembali kita mampu untuk melawan .

   Usia kita sekarang tak tahu lah dibenarkan bercinta atau tidak ? . . sentiasa menjadi persoalan kepada awak . awak . awak dan awak . Ada orang cakap kawan jer dulu kalau ada jodoh tak kemana --" . Ada juga yang cakap jangan nak ngengada seluardalam pun mak carikan lagi --" . Yang cakap couple la janji tak rosak --" . .Haaaa~ mana satu ye ? ? . . entahlahh ~ ikut pendirian masing masing la kan ? . sama sama la pikir =D

  Bagi eyah masa ni eyah perlu mencari kawan yang ada susah senang sebanyak boleh . Bukan eyah melupakan keluarga dan orang yang pernah bantu eyah selamani . Mereka tu lagi penting daripada kawan . Kawan ni kalau tak ada okey lagi . Tapi kalau keluarga tak ada . Eyah tak nak hidup lagi . Tapi eyah perlukan kawan untuk eyah dapat bersaing dalam hidup untuk sama sama berjaya dan berkongsi duka apabila di luka kan .

Hidup EYAH perlu ada Keluarga , Rakan dan Minat eyah . Tiada siapa yang boleh pisahkan eyah ^^,

Wednesday, November 14, 2012

Kesabaran Membawa ? . .

Assalamualaikum ... setiap manusia ada perasaan . Tak alpa juga Allah sediakan sifat penyabar walaupun sikit , Tapi patut ke mengguna gunakan sifat penyabar orang itu untuk kepentingan sendiri . Jangan terlalu pikir kan diri sendri . Jnagan terasa diri tu sempurna sangat . Apa yang orang kata ada jer salahnya . Sampai bila kita nak tahu kelemahan diri kita . Kalau kita terlampau sempurna jangan duduk dengan orang lain . Pegi lah duduk sorang sorang .

   Kalau kita ada perasaan tak kan kita tak boleh rasa yang orang lain pun ada perasaan sama seperti kita . Sampai bila aku nak rasa macam ni ? ?. Apa aku cakap ada jer yang salah . Ada jer buruknya . Sampai bila aku nak jadi pembohong ! . Sampai bila . Sebelah kanan cerita buruk pasal orang kiri . Orang kiri cerita buruk pasal orang kanan . Tapi aku tetap diam . Walaupun aku yang terpaksa dengar cerita tu semua . Aku tak pernah beritahu antara dua tu . Aku simpan . Supaya tak ada siapa yang berbalah . Tak ada siapa yang benci satu sama lain . Tapi ada yang paham ! . .

  Aku yang jadi serabut . Aku sentiasa buat cerita kat dua belah . Yang antara mereka saling menyokong . Kanan cerita kiri bagus , kiri cerita kanan bagus . Tapi sebenarnya . Tapi hakikatnya . Masing masing ada jer salahnya . Hemmm ~ . . Entahlah . Aku tak tahu sampai bila aku nak mencipta cerita cerita palsu supaya dua dua sentiasa bersatu . Cerita buruk semua aku simpan jer . Memang aku tak sanggup nak cerita kat siapa-siapa . Biar lahh aku simpan . Mungkin suatu masa yang ditentukan aku akan cerita kat mereka . .

arghhhh ~ Perittttt sakit otak aku ni ! . .  Kita Sabar , Awak Sabar dan Kita Sama sama Sabar ="(

Tuesday, November 6, 2012

The Best Camp Ever .

Assalamualaikum ...seminggu sudah aku tinggal kan kau wahai diari nurani ku . Dengan seikhlas hati Eyah nak kongsikan cerita yang bercampur pelbagai perisa seperti ikan siakap masak 3 rasa di Program PERKHEMAHAN PANDU PUTERI KEBANGSAAN 2012.. Now Reading =D . . 

DAY 1ST 1 november 2012: 



Hari Pertama di Pusat Perkhemahan Tan Chay Yan Melaka . Sampai jer di pusat perkhemahan tersebut kami terus mengangkat beg masing-masing menaiki 10 anak tanggan dengan memabawa lebih 20 kilogram barang ke dewan terbuka untuk pendaftaran . Kami ke melaka dengan menaiki Bas Persiaran dari Sekolah Rendah Kluang Barat . Kat sana pun kami perlu turun bukit untuk beg disusunkan di dalam bas . Pada hari pertama kami dah terasa terlalu penat dengan hanya mengankat barang naik turun bukit . :D . . Selepas sesi pendaftaran dan memasang khemah . Kami perlu memabawa beg ke dalam khemah . Apakah malangnya kami kontijen Johor, Selangor,Terengganu dan Sabah terpaksa memacakkan khemah di kawan kaki bukit . .Perhh memang terlalu penat untuk naik turun bawa beg yang berkilo-kilo . Selepas semuanya siap pada waktu malam kami membuat aktiviti jambori . Seperti belajar tepukkan , nyanyian dan suai kenal . .Seronok :).


DAY 2ND 2 November 2012 :


Hari kedua disana kami dari subcame 4 dan subcame 3 pergi mengembara , berbasikal , belajar basic paintball , dan belajar membuat ikatan . Permulaan hari sungguh seronok tapi dengan izin Allah air hujan turun menyembah bumi lewat puku 7:30 petang . Kami bersyukur tak ada apa-apa kemalangan yang berlaku . Tapi yang sedihnya kawasan subcame 4 yang terdiri dari cawangan JOHOR, TERENGGANU, SELANGOR 1 dan SABAH di landa banjir teru dengan kelajuan aie yang sungguh deras . Tapi yang paling teruk kawan kontijen johor sebab kami di kawasan kaki bukit . Air turun memang deras sebab hujan terlalu lebat .

   Eyah dapat juga pengalaman selamat kan mangsa khemah runtuh dan khemah banjir termasuk khemah eyah sendiri . Eyah masa tu orang pertama yang keluar dari khemah masa hujan lebat . Sebab eyah ternampak khemah depan khemah eyah runtuh dan depan khemah cikgu mazlinda ditakungi air disebabkan sampah tersangkut . Masa tu eyah terus pakai baju hujan dan topi tolong alihkan sampah-sampah depan khemah cikgu dan kutip semua barang yang hayut . Patu dah ramai budak-budak keluar dan bantu orang orang lain yang perlu bantuan.  eyah dan kak siti bantu bukak khemah yang runtuh dan roadnya dah patah dalm hujan yang lebat .

 Lepas tu , semua barang-barang perlu dihantar ke atas tempat dewan supaya tak basah . Ya allah ini adalah hari paling seksa . Kena naik turun bukit dalam hujan lebat dan kena angkat beg sendiri dan tolong kawan-kawan juga . Saling bantu memabantu . . Memang semua dah basah la . Sampai malam tu lutut dengan pinggang sakit sangat . Nak call ibu takut ibu risau . So , buat selamber jer . Alhamdullilah semuanya dah selesai .

DAY 3RD :


Hari ketiga semua bangun tidur semua membersihkan khemah yang di tenggelami air . Macam -macam jumpa katak pun ada masuk dalam khema eyah. Selepas siap kemas khemas kita orang pun jemur semua baju yang basah . Sebab masa tu panas terik . Tepat pukul 2.00 petang bila semua dah siap kami berpakaian  lengkap uniform pandu puteri mengemas gerai masing-masing untuk majlis hari terbuka . Dapat lah merasa makanan- makanan tradisional negeri-negeri lain. Dah macam melancong dah . Satu hari jer dapat melancong semua negeri . Dalam masa kami semua berseronok tiba tiba hujan selabat-lebat tidak . Ada yang dah naik ke dewan . Hanya tinggal beberapa kontijen termasuk eyah yang tersekat di kawasan pameran bawah bukit dan beberapa kontijen yang lain .

   Masa tu dengan petir dan guruh saling menyambung yambung. Dah sebiji bunyi orang main paintball . Memang seram sangat . Semua pemimpin dah ada di dewan . Kata diorang yang selamat di dewan hati diorang risau sangat dengan kami semua di bawa sebab nampak petir menyambar tapak pameran . Syukurlah semua selamat . Masa tu bomba , ambulance dan polis datang untuk memastikan keselamatan kami terjamin . Start hari tu kami tidur di dewan sampai hari terakhir kerana hujan disetiap petang hari .

DAY 4TH :

Permulaan hari yang  berkoba-koba walupun eyah dah demam. Mula-mula kami membuat lawatan ke Zoo Melaka , River Cruise Melakan dan akhir di Taming Sari Melaka . Pada jam 1.45 tepat kami terus ke tapak mula Explorace di Afamosa . Masa tu semua excited dan happy dapat jalan-jalan bila dah terkepong dalam hutan . Alhamdullilah , eyah dapat jalankan tugas sebagai ketua kumpulan dengan baik atas bantuan penolong Nur Amirah dan Maggie Oi . Syukur juga kumpulan Eyah berjaya menyelesaikan segala tugasan yang diberi :D . thanq too ALLAH  . . Sepanjang kami disana petang dalam perjalanan balik ke pusat kem baru hujan . Walaupun demam bila kawan-kawan sentiasa support eyah terasa diri eyah sihat jer untuk menjalankan tugas .

  Kami semua kena berjalan kaki dari Afamosa hingga ke Janke Walk dan patah balik semula ke Afamosa . Eyah masa tu memang dah tak larat . Tapi sebab kawan-kawan sentiasa support eyah just go on .. Walaupun badan semakin panas . .

   Eyah nak ucapkan terima kasih pada kawan-kawan dari kontijen johor yang sudi menyanyikan bersama-sama lagu selamat hari lahir untuk hari lahir ibu eyah semasa didalam bas sewaktu ingin ke zoo melaka . .Korang memang the best . . Sporting gila ^^.


   Pada malam hari pula , kami membuat hari penutup dan Malam unggun api . Masa tu memang eyah tak larat sangat dengan rasaa sejuk jer. 1st time orang lain panas berpeluh-peluh eyah kesejukkan macam duduk kat air con . Semua kawan ambik berat thanq okey :) . .Yang paling seronok tapak kontijen duduk dengan orang kenamaan berucapa jaraknya bukan main jauh lagi . Dah tu bila diorang berucap ramai yang tidu termasuk laa eyah .^^. . Abis jer semua ni kami pun tidur ....

DAY 5TH :


Hari terakhir . Semua muka tak sabar nak jumpa family tapi hati terasa sedih bila terpaksa berpisah dengan kawan-kawan yang dah seminggu kenal . Ni kawan-kawan yang paling eyah rapat dari kontijen lain selain dari kontijen johor yang dah sememangnya rapat . , Diorang dari terengganu . The sporting girl guides . Exspecialy , Fina dari kanan nombor 3 . . Hope kita semua dapat berjumpa lagi :) . . THE BEST MEMORY STORY . . .

Alhamdullilah eyah diantara orang yang dapat sijil Antarabangsa girl guides . Nak settlekan 20 aktiviti memang banyak la kan . Selamat ada kawan-kawan membantu . terima kasih semua ^^.

Terima Kasih Ibu sebab suruh eyah pegi kem ni . Kem ni memang mengajar eyah hidup susah , menjadi sporting girl , beramah mesra dan sebagainya . Harap eyah dapat mengubah segala kelemahan eyah kepada perkara yang lebih baik . Aminnnnnnnn . . :D . . . Kalau ingin melihat lebih banyak gambar add Facebook Eyah :)

Tuesday, October 16, 2012

Naluri Hati SAHABAT . .

Assalamualaikum ... Tiada apa yang perlu kau cemburukan dengan apa yang aku miliki . Sebenarnya sahabat bukan ikut pangkat , rupa atau hati . Jika kau ingin mencari rakan bukan dengan menyakiti hati ini . .

    Kalau seburuk mana kawan , jika kau pandai menjaga diri . Pastinya , kau terus sempurna dan semakin ramai orang yang ingin berkawan dengan kau . Bukan dengan cara engkau menjadikan diri kau  sebagai orang lain . Hipokrit . .

    Kau sudah cukup cantik , pandai , berwang dan berpesonaliti . Kenapa kau masih ingin menjadikan  diri engkau seperti tiada akal untuk miliki seorang teman atau kawan yang kini dengan aku . Bukan dengan cara kau mengikut gerak geri aku untuk mengikat hati orang lain menjadi kawan kau . Ingin berkawan dengan mereka bukan dengan kau menunjuk-nunjuk kebaikan engkau . . Aku pasti engkau pon ada cara sendiri . Tapi aku mohon bukan dengan cara engkau sekarang . Mungkin , aku boleh terima dan tak ambil endah dengan sikap kau . Tapi tak semua boleh anggap macam tu . Engkau kawan aku .

Aku masih tidak mampu menegur engkau berterus terang .
Kerana aku seorang yang lemah,
Aku tak mampu melihat engkau terasa sakit dengan teguran ku .
Sebab kau perempuan , aku tahu perempuan macam mana . .

   Teman , aku masih boleh terima dengan segala kerimasan yang kau lakukan . Tetapi aku tidak mahu melihat atau mendengar satu hari nanti engkau akan di campak ke tepi lagi oleh rakan-rakan kau . Cukuplah sekali kau terkena . Aku tak melihatnya lagi . Sepatutnya , kau harus gembira mereka dapat terima kau semula . Kalau au berterusan macam ni , aku tak dapat na tolong kau lagi . Mungkin sekarang mereka masih selindungkan hati kebencian diorang kepada kau .Aku selalu mendengar cerita dioran. Teman , aku sudah lama kenal kau , mungkin sikap kau ni masih beri aku kesabaran . Aku sudah lali dan tak kisah lagi . Aku dah tak mampu nak cover lagi sikap kau . penat . . .

Hari ni , aku rasa kau makin merimaskan .

  Aku melihat kau seperti cemburu apabila rakan-rakan lelaki berbual dengan aku . Kenapa ? . Teman, kau tidak perlu cemburu dengan itu semua . Aku pasti kalau kau tidak berperangai seperti itu , aku berani bersumpah lagi ramai kawan lelaki yang kau ingin kan datang , kau tidak perlu mencari lagi .Engkau sudahlah cantik dan pandai berbanding dengan aku .

Aku tidak bermaksud perangai aku terlampau baik .
Tapi perangai kau yang terlalu merimaskan aku .

Teman baik ku , aku bukan tidak suka pada kau , sebenarnya hari ni aku sudah tak mampu menepis kegedikan kau . Tapi aku buntu dengan sikap kau . Kenapa kau perlu cemburu apabila aku berkawan dengan rakan lelaki ? Kenapa bukan rakan perempuan aku ? . Hari ni pelbagai gerak geri aku kau ikut . . bukan aku yang perasan tetapi rakan-rakan lain yang memberitahu aku .

Monday, October 15, 2012

A DAY LIKE PMR . IS HARD TO ? ? ? !

Assalamualaikum ... SETELAH , lamanya laman diari nurani ini ditanamkan untuk sementara waktu  . Sudah lama engkau tidak mendengari tangisan , kegembiraan dan kehinaan diri  ku . Sungguh setia kau menunggu ku . huhuh -.-" drama sepetang petang .

hALoooo . . para pelajar sekalian . TAHNIAH ! anda berjaya menduduki PMR sehingga tamatnya pun. YEahh ! sama dengan kita . *angakat hidung* =^='' . heheh . Bagi aku PMR ni adalah masa yang paling berharga dalam hidup aku . Mungkin dalam 15 tahun . Tahun 2012 adalah tahun yang paling Gembira , Mencabar , Seram dan belbagai lagi . Sedih tak sedih . Seronok pun tak seronok . Sebab semua citarasa asam garam manis gula semua ada . heheh `` , okey ! cukup pendahuluan .

        Ingin ku cerita , apabila hampir Sebulan lagi PMR tiba . Bagi ku ini adalah hari paling kejam !!! . Hari paling ku benci ! . Bulan paling ku caci ! . Tapi dalam kebencian terselit kegembiraan dan kesedihan . Apabila tiba waktunya 1 SEPTEMBER 2012 bermula segalanya . Segala pergerakan ku banyak dicantas . Ada yang ku dengar ada juga aku buat untuk kepuasan hati .
   
      Hati aku buntu bila terpaksa berhenti seketika perkara yang menjadi minat aku buat sementara waktu . Aku rasa nak memberontak dan memarahinya . Tetapi Allah masih kurniakan diri ku iman walaupun hanya secebis . Kata-kata ibu adalah suatu doa . Jangan segala kata kata dibantah . Tetapi aku manusia yang punya perasaan untuk aku rasa ketenangan . Pada malam sebelum mulanya peperiksaan hari pertama . Aku meminta ampun dan maaf kerana aku selalu membuat ibu marah , kecewa dan sebagainya dengan sikap ku . Diriku berbisik kenapa aku tidak seperti kakak dan adik ku . ? ? . Mereka boleh mengikut segala jadual ibu dengan belajar pada waktu pagi buta , tidak ada tv , tidak ada internet dan tidak bermain/sukan . Seketika aku berasa buntu dengan diriku . Kalau aku , segala yang dilarang itu lah yang aku lakukan kerana itu minat ku. Itulah kelemahan diriku . Tapi aku takkan melawan segala kata kata beliau dengan kata kata . Aku lebih rela berdiam diri supaya aku tidak meluka hatinya . Kerana aku merasakan hatinya banyak terluka dengan gerak geri fizikal ku , yang tak banyak berkata tapi sungguh menyakitkan .

Apa pun dia telah berlalu ... Tiada masa yang boleh berpatah balik ....

   Walau dalam kesakitan hati , tetap adanya terselit rasa sayang dan bersalahnya dalam diri ku . Setiap malam apabila tepat pukul 10.00malam . Ibu akan menyediakan minuman panas untuk aku segar semasa belajar . Ibu akan sediakan makanan jika aku minta . Apa sahaja yang ku inginkan pastinya ibu hulurkan tanpa persoalan , tanpa resahan . Sedang diriku , hanya tahu mempersalahkan . Sedangkan aku , tidak tahu menghargai , Sedangkan aku , tidak pernah turuti . Beliau seorang ibu yang tabah melayani sikap ku . Setiap kali ke sekolah pastinya dia memberikan wasiat untuk aku belajar bersunggunh-sungguh , menasihati aku untuk mendengari kata guru , menasihati ku untuk menghormati rakan-rakan . Itulah perkara yang setiap kali ia pesan untuk pedoman diri ku .

walaupun beliau menyekat segala aktiviti ku . Beliau tetap memberi semangat pada ku . .. .. ..

   Beliau(ibu) sentiasa mengingatkan ku untuk terus berusaha kerana beliau ingin melihat ku berjaya . Di rumah beliau sentiasa berpesan supaya aku ingat akan usaha puan pengetua Puan Hajah Faredah yang sanggup berjumpa  beliau di rumah untuk menerangkan segala yang beliau impikan pasti aku boleh lakukan dan buktikan .

    Pada suatu hari , apabila rahsia terbongkar yang aku ada mengadu masalah pada Sir . Mula pada masa itu Beliau(ibu) akan berpesan supaya aku usaha lebih tinggi untuk membuktikan segala kata-kata Sir  yang percaya aku boleh . Aku perlu turuti kata-kata itu yang aku harus lakukan .

Itu semua kata-katanya . . .

Setiap malam pastinya beliau menemani aku ....

   Pada setiap malam pastinya beliau akan menemani aku untu mentelaah segala buku sempai tertido . Segala usaha ibu adalah lagi besar dari usaha ku sendiri. Rasa diri ini malu semalu malu malunya . Aku masih ragu dengan kesilapan ku . Masih ku fikir kenapa , kenapa aku tidak mampu untuk berdiri di malam hari untuk menunjukkan usaha aku untuk berjaya . Aku percaya itulah yang ingin diperhatikan dan yang dinantikan oleh ibu untu melihat aku bangun pada waktu pagi membuta . membaca dan mentelaah setiap coretan ayat dalam buku latihan yang di belinya dengan rasa bangga dan bersungguh-sungguh , yap! aku pasti itu yang beliau harapkan . Tapi apakah daya ku . Aku cuba untuk bangun seawal pagi tapi hanya bertahan dari pukul 3.30pagi-5.00pagi  , Aku tak mampu berterusan . Kenapa aku tak sama dengan mereka berdua ? . Kenapa perlu aku yang lalui ini semua?. .

    Sekali-kali hati aku tetap ada rasa cembura yang buta kepada kedua-dua darah dagging ku . Mereka seorang yang pandai dan rajin . Kenapa aku tidal sebegitu?  Tapi kata ayah . Aku sebenarnya sama macam merea . Mungkin aku boleh dapat lebih daripada mereka . Tapi mungkin aku harus usaha tinggi sedikit daripada pada apa yang aku lakukan sekarang .

   Peperiksaan Menengah Rendah mengajar aku erti hidup . Mungkin sekarang segala masa dah berlalu . Segala usaha ang aku lakukan mungin itu yang bakal aku perolehi . Itu kata ibu . Tetapi masih ada masa lagi untuk aku berdoa semoga segalanya dipermudahkan dan segala impian dimakbulkan. Walaupun sentiasa memarahi aku . Tetapi dalam hati ibu sebenarnya inginkan aku berubah . Ibu sebenarnya nampak kelemahan diri aku . Eyah kau belum terlambat untuk semua ni . Mungkin yang lepas biarkan lepas . Tapi tak salah kalau usaha-usaha akhir ini menjadi kenyataan .

Bila Allah menyebut KunFayaKun - Jadi maka jadilah sesuatu perkara itu dengan izin Allah .... Insyallah.

   Sepastinya aku tak tipu usaha seorang IBU , AYAH , GURU , adalah segalanya .. merekalah paling ku sayang . Zaman PMR ni adalah waktu yang penuh citerasa . ! . ..terima kasih semua :)


 

Sunday, October 14, 2012

ZAMAN SEkecik sebesar .

Assalamualaikum ...


. Tetiba terkenang kisah lama : masa kita 10 tahun kan . Kita pegi main guli . Beli guli RM 1 . dapat 10 biji.  dekat kedai pak Haji depan Sk Agama Parit Semerah . Asal balik sekolah agama je mesti pegi beli . Bila dah kena 
marah dengan ibu baru tak beli . Heiiii .. Bila main guli dengan jiran jiran. Sudah semuanya lelaki . Kita perempuan mesti la banyak kali kalah . Bila kalah guli kena ambil dengan yang menang . Abis guli congkak kak long kita ambil sebab guli kita dah abis ibu tak bagi beli lagi . Tapi kadang-kadang degil beli juga . Tapi bila kita menang banyak tau
guli kita dapat . Belagak sikit masa tu . Yer la , yang main semua lelaki bila perempuan menang bangga la Hahahaa. Terpaksa ganti semula guli kakak sebelum kakak tahu kita curi. selain tu kita main , keja keja , sembunyi , panjat pokok , curi pelam , rambutan ,xplores , badminton , lastik ayam dan macam-macam la . 
     
      Ada sekali tu kan . kita main kat rumah jiran sampai petang . Sekali balik ayah dah kunci pintu . Termenung dengan memikirkan macam mana nak masuk rumah . Yang si kakak tak pasal pasal kena dudukluar sekali dengan eyah sebab dia tunggu eyah balik tak balik-balik . HAhaha. 

  sambung.. Tetiba ayah keluar dengan rotan . Abis la kan masa tu ! .. ayoyoyo Kita budak baik diam je la kena rotan . Malu masa tu dengan kakak dan adik . Kena rotan depan diorang . kakak tak kena rotan sebab dia bagi alasan tunggu eyah . . Huhu . Masa kecik kena marah sebenarnya test kemarahan ayah . Kwang33
Tapi tu semua kenangan . Budak sekarang tak dapat buat macam tu . Sekurang kurangnya dapat juga eyah rasa.
# zaman budak budak :))

Thursday, October 4, 2012

Tak Ku sangka , tapi Harus Rela .

RELA :


Menunggu hari yang di nanti :
Setiap langkah kau temukan,
Penuh cabaran dan dugaan,
Tapi kau tak lupa beri ku kekuatan,
Setiap cabaran pasti ku lawan .

Segala suruhan ku lakukan,
Segala kata kata ku tak lawan,
Segala impianya cuba ku lakukan,
Tetapi aku tak tenang fikiran .

Aku rasa tertekan ,
Dengan hidup yang belainan.
Setiap ku sayang terpaksa hilang,
Demi menunggu hari keputusan.

Sekarang aku perlu terima,
Walau terasa sakit menimpa,
Berteman kekuatan sang jiwa,
Demi melaksanakan impian nya .

Pastinya kekuatan dari semangat orang yang tersayang :)

Saturday, September 1, 2012

HE :)

Assalamualaikum ...

Segala yang berlaku , Pastinya meninggalkan seribu satu cerita yang terselitnya tawa dan duku , manis dan pahit , masam dan masin . :) JUST WORK WHAT YOU PLAN ...



CREDIT FACEBOOK : Alhamdullilah , game hari ni dah tamat . Terima kasih pada Boyfrend kita Ayah sebab setia meninggu kita ,Ibu yang setiap minit call , Sir Hery , Team MATSA and Tajaan Winner 4Life :D Sayang Semua ♥ . .hehe . . Tahniah pada semua yang berjaya . Kak Yong Dwi , Izzah and Eyah . 3 Gold harini . . Insyallah esok bertambah . 
#Setting barang untuk game esok . Lepastu tidur . .

Thursday, February 9, 2012

Tournament hoki today .

Assalamualaikum ...and hye ! bloggers , facebookers and readers ... Tahniah tu all players HOKEY SMKSP ..  rasa sedih bila tengok Kak Fazirah , Kak Syafika and Kak Qasirah .. penat lelah dia di atas untuk masuk kan bola ke pintu goal .. korang semua  memang terbaikkk team SMK SP ....

First game kita orang jumpa dengan sekolah Ayer Baloi .
Memang eyah nervous sangat. Sampai demam teruk kat sekolah pagi-pagi tu. Badan eyah dah panas sangat and kepala fuhhh pening dia . Hanya Allah saja yang tahu . dengan sakit lututnya . Cikgu azi and beberapa kawan yang dekat dengan eyah siap cakap . Wooo bahang gila ! .. huuu eyah sudah takut sangat kalau tak dapat main . Mana tidaknya sudah berhari-hari latihan tiba tiba demam panas terus tak boleh main .

Walaubagaimanapun , Eyah tetap masuk padang dengan harapan rezeki untuk Smk SP . Alhamdullilah memang rezeki kami . Dapat goalkn 6 bola . Syukur sangat . Dekat padang tu hanya ada semangat kawan-kawan yang sering bertanya ok ke ? ok ke ?.. walau pening macam mana ,sakit macam mana pun lutut ,panas macam mana pun badan . Semangat satu team lagi hangat dan panadol Active Fast hakimitukimin   bawa terbaikk... Terima Kasih geng ...

Terus ke game ke dua kita orang jumpa dengan MRSM . wuhh .. kesilapan BESAR eyah buat . Tinggal kan bulatan D terlalu jauh . Masa tu MRSM sudah 1 goal . Eyah rasa kena tekanan gila . Tapi apa pun jurulatih-2 dekat luar diorang sentiasa pesan releks,cool, seyum and lain-lain . Muka eyah sendat gila . punya risau ..Apa pun Qasirah dapat goalkan . Lega sangat. so kami seri . sayang semua ..

Betul kata orang tua-tua " suka-suka boleh jadi duka "..

penat lah nak cerita third game . Apa pun kita orang kecundang 2 goal dari dato penggawa . Itu semua bukan rezki kami . Doa-doakan esok kami dapat main lagi .

# Team A dan Team B ... semua itu rezeki kita hanya mampu berusaha ... big Clap ! for : Cikgu Azidah , Cikgu Rohaidah , Abang Nash , Kak Umiey , Kak Arnie and semua geng .....

Semoga ESOK REZEKI UNTUK  KAMI ........... !!!!!! aminnnnn ....

Monday, January 30, 2012

STORY HOKI >.< ..

Assalamualaikum ...READERS BLOGGERS FACEBOOKERS ....

Hari ini rasa cara hit bola dah consistant sikit berbanding sebelum-sebelum ini ... ermmm harap berterusan sampai bila bila ...

Ok! la just nak cerita jer .. heheh .. doakan eyah dapat perbaiki segala kesilapan.. supaya boleh membantu team sekolah .. thanq q u allz...

pesanan : " KITA MAHU MENJADI HEBAT , BELAJARLA DENGAN ORANG YANG HEBAT "

bak persis mutiara orang tua . masuk kedai minya wangi bau wangi .. okey .. asslamualaikum.. :)

Sunday, January 29, 2012

Test mathematic =.="

Assalamualaikum ...

Readers and Bloggers ...

Hari ini di tuition class ada buat test ataupun exam MATHEMATIC. . .  uhhh~ tak ada lah susah mana . . . Biasa-biasa jer tapi takut juga kecuaian banyak . aduhhhh.. risau bro ! ..

Masa sampai tu ingatnya sudah lamabat sangat . Rupanya ada yang lagi lambat dari aku . HAHA . . . Selamat jer naik basikal dengan Syahirah . Saya rasa kalau saya sorang-sorang comfermm tak toleh kiri kanan .. laju jer menonong HAHAH .. Setiap kali pergi exam perut tak pernah kenyang .. Wooo .. berdendang dendang kekasih perut kita . HAHA .. Balik rumah makan macam orang kebuluh . HAHA . SHEMART ! .. .. .. ":"

Okey ! Okey ! apapun korang doa kan saya dapat markah 80% keratas eh .. taknak makan roti german .. Sakit bro ! .. hehehe ..

kbye ! selamat naik sekolah esok ... :)

Saturday, January 28, 2012

STUDY makes perfect !

Assalamualaikum . readers , bloggers , facebookers , and apaapa jers .. hehehe  Pagi tadi saya study bersama Syahirah Juhari , Fatin Humairah , Khairin Shafika , Siti Fatimah and Rohaliza . . . Kita rasa kita bukan study tau ! Tapi kita orang menyiapkan kerja sekolah yang sudah lama terunggak ! .. hehehe ;D..

Saya lebih suka buat beramai-ramai dari buat sorang-sorang boleh sangap 10 kali pikir jawapan 3 kali .. ermmm bosan ~ ..  Yeahh ! ! ! akhirnya ~~ saya sudah siap homework ! :D .. Thanq la kat korang semua sebab teman kita hahaha ..*mmenggeedik* .. lalalalal lalala lala~



#bila labrary tiada orang ! ini kami punya tempat !


# homework SMKDPB & SMKSP !


 # BAB kerja rumah terancang kita semua menang.. Cikgu-cikgu bagi kerja memang terbaikkkk~ like it ! thumbs ups !


 # love body glove !
# Syahirah senyummm ;) awww~
#roha nyan nyah!


# eYAH Ngokk :p








# sCOPY ! FOCUS ! ,,hihihi




Ini ialah kami ! Jangan terlalu FOCUS semasa mengulang kaji . Kerana kita akan cepat bosan. Jadi lebih baik study bersama kawan jadi . Sikit-sikit kita dapat relax... macam gitu ~ :D..

kbye !!..

LIMAU CINA ! =.="

Assalamualaikum ... hye ! bro and sis :D ..

GONG XI FA CAI !!



Eyah sudah sihat dari cinta akan toilet ! .. puiih~ Limau manis memang sedap bila di sumbat dalam mulut . Tapi lagi sedap bila kena sakit perut ... huuu~ Time tu toilet sahabat terbaikk .. kakakaka ~

Ni sedap jer menelan limau masa kenduri lenggang perut c.Imah . Maklum la mak mertua dia keturunan cina jadi ramai la bagi limau .. MAAAANIIIIISSSS ~~ nyum nyum ..



hieee ~ buku kita penuh dengan tulisan murid darjah satu . hihihi~ Kita tak pergi latihan sebab dah tak sihat. So kat rumah cuba juga siapkan kerja sekolah . tapi malangnya tulisan darjah satu yang cute pula jadi .. hihihi ..sambil tahan sakit kepala ! sakit perut ! .. huuu cakar beruk sudah jadi ..huhuhu .

---> petang ni boleh online bila semua kerja sudah siap ! yeahhhh ~..

SUDAH LAMA BERTAHAN ..!! 3hari jer ..hihihihi ~  facebook !

Thursday, January 26, 2012

FACEBOOK =.="

Assalamualaikum ... HYE! readers and all frend ..

FACEBOOK




HOLIDAY ! HOLIDAY ! dah  nak END !!.. huuu~ Homework sudah siap belum ?? .. Akhir-akhir baru nak siapkan .. hehehe ~ siapa macam tu angakt kening ^.^ ... kita sama la awak ...

Cerita pasal FACEBOOK .!! Eyah sudah deactivekan seketika . Tapi eyah still Bukak bila waktu free.
KENAPA ?? oowh ! sebab eyah terlalu banyak menghabiskan masa dengan FACEBOOK ! Biasalah cuti-cuti tak tahu nak buat apa. Kita buat jer la apa yang patut . "setiap remaja ada masalah . Perlu diselesaikan sebelum bertambah masalah " .. Huuu~ ..

Eyah kesian juga tengok ibu . Hari-hari nak marah suruh buat kerja . hehehe ..~ Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan kan . ! So macam eyah la. Kekurangan Eyah .. Eyah tak pandai membahagikan MASA dengan sempurna . Ermmm bila lagi nak berubah kan ?. Dah ditunjukan jalan mesti laksanakan .

Eyah terselalu melayan Facebook ni pun bila selalu laptop ibu terbiar tanpa diusik oleh sesiapa. So macam ada syaitan ekor panjang memanggil-mangil suruh login facebook . Kakak eyah la selalu biarkan laptop tu kosong . uhh~ sengaja .. HEHEHE ~ ...

Ok ~ la. eyah nak out . NAK pergi siapkan homework with my FREND Nur Syahirah ... <3 tabbye ..

GEMPAKK!!..LOVE all'z