EYAH ROCKET

EYAH ROCKET
Dunia tidak menjanjikan keindahan setiap masa . Tapi akhirat ya !

Friday, July 25, 2014

Menanti Syawal

Assalamualaikum .


Pagi yang hening rasa indah angin menyapa diri ini .
Membuat aku tersedar syawal menghampiri .
Rasa sungguh sekejap diri ini bertandang dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan Ilahi.

Ramadan .
Engkau bulan yang teristimewa .
Engkau banyak menyimpan kenangan aku bersama Arwah .
Dulunya hari hari terakhir dalam bulan ramadan menjadi penantian aku .
Untuk aku merasakan gembiranya syawal yang akan tiba .

Tapi itu ramadan tiga tahun dulu .
Bukan yang kini dan sebelum ini .
Tetapi engkau tetap bulan yang disangjungi .

      Bila ramadan membawa diri pergi pastinya syawal akan tiba itu pasti . Ini yang dinanti .
Masa SYAWAL tiba nanti pelbagai rasa akan mecuit hati . Engkau juga indah ya SYAWAL Aidilfitri .
Engkaulah bulan yang menceriakan dan menyedihkan . Engkaulah penyatu sanak saudara kami . Oh ! Indahnya kalau dibayangkan susana hari raya yang dulunya aku masih melihat Arwah .

Arwahyarhamah Hajah Iptiah Binti Haji Abu Bakar 
8 JUNE 1944 - 14 SEPTEMBER 2011 

Hari raya terakhir :)

Ya Allah sungguh sekejap kau meminjamkan dirinya kepada Aku yang masih tidak merasakan puas bersama Nenek . Dialah penyeri tatkala Syawal yang akan tiba selepas ramadan pergi . Hati ini terlampau sedih pabila tiada tanda yang ia akan meninggalkan kami sekeluarga selamanya . Walau aku hanya seorang cucu yang KE-8 untuknya aku tetap merasakan perit kehilangannya . Ya Allah sungguh banyak kenangan yang tidak dapat aku lupakan ...

Nenek .

Yah rindu nak tidur dengan nenek kat bilik nombor dua dari dapur . Setiap kali Yah tidur dengan nenek , nenek mesti berzikir kadang-kadang Yah pun terikut sekali sampai Yah tertidur. Bila Yah tersedar nenek mesti tengah solat walaupun Yah tak tahu waktu menunjukan pukul berapa . Tapi Yah rasa ia masih awal pagi buta sebab nenek akan cakap "tidur la pagi lagi" . 

   Bila dah pagi subuh , nenek kejut Yah untuk bangun solat . Masa tu sarapan semua dah siap atas meja . Nenek ,Yah rindu semua masakan nenek . Tapi takper , Yah dapat lepaskan rindu sebab masakan Ibu dan Cik Eymah sama sedap macam nenek masak . 

Nenek .

Yah rindu dengan ucapan tahniah nenek setiap kali Yah dapat result bagus dalam peperiksaan. Yah dapat pingat Emas,Perak atau Gangsa dalam Taekwondo . Yah khatam Al-Qura'n . Bukan sekadar ucapan tapi di iringi dengan ganjaran . Nenek Yah rindu sangat nak bawa nenek pergi tengok game Yah .Kalau nenek ada . masa Yah main SUKMA haritu mesti Nenek dan Atok ada juga kan? . 

Nenek .

   Nenek , dulu masa nenek ada bila turn raya kat rumah nenek ibu paling seronok untuk Yah . Lagi lagi masa pagi syawal . Masa tu nenek memasak dan dibantu dengan ibu ibu dan cucu cucu . Rumah mesti riuh rendah . Yang sebok gaduh nak mandi . Sebok gaduh nak iron baju . Sebok gaduh suruh bangun kemas tilam . Sebok marah terhegeh hegeh . Sebok main kejar kejar. Hahahaha . Yang kecik-kecik belum mandi dah pergi makan kuih raya . Nenek riuhkan rumah tu .

  Lepas semua dah balik sembahyang raya . Kita bermaaf maafan buat bulatan . Masa tu , sdih tapi lawak pun ada macam macam ragam . Habis bermaafan kita buat marhaban dari rumah ke rumah . Masa ni paling seronok duit raya dapat banyak . Yah boleh naik tukar-tukar kereta . Hahaha .
Seronoknya .

Nenek .

Yah rindu nak kemas rumah kampung dengan Nenek bukan sekadar bila Tunggu hari raya . Dalam waktu cuti juga selalu Yah ke kampung . Walaupun dulu mulanya Yah pasti menangis bila tidur dikampung . Nenek lah yang memujuk Yah sampai Yah tertidur . 

   Nenek , bila cuti dulu nenek selalu minta tolong Yah angkat pasu bunga alih sini alih sana Yah kan badang Nenek dan Ibu  . Mengemas macam Eric dekodeko . Masa tu Yah rasa nenek sangat kuat sebab nenek pun boleh angkat pasu bunga . Yah rasa sangat kelainan bila nenek tak ada . Dulu kalau balik kampung rasa tak sabar sabar nak sampai rumah nak jumpa Nenek dan Atok sekarang sebaliknya . 

     Kalau dulu nenek selalu minta yah angkat pasu , bakar rumput . Kalau dengan Atok pula selalu ikut pergi reban Yah tolong atok dan Cik Im pegang ayam untuk sembelih makan ramai ramai . 

   Nenek , Yah ingat lagi kita  bakar sampah sama sama kat belakang rumah . Mancing kat kebun . Seronoknya kalau dapat buat macam tu lagi . Nenek , masa tu nak raya Yah tidur kampung sebab nak tolong nenek dan cik mah cat rumah . Hebatlah nenek pandai cat rumah . 

Nenek .

Yah tak pernah lupa kenangan kita. 
Nenek masa mata nenek kena sembur Ular yah nak jaga nenek kat Wad . Masa tu ibu dah bawakan buku dan beg sebab pada bulan tu yah ada exam . Bila ibu sampai dengan beg Yah , Doktor terus cakap Yah bawah umur tak boleh teman nenek . Sedih rasanya masa tu . Nenek tersenyum jer masa tu . Yah minta maaf tak dapat teman nenek masa tu . Tapi sepanjang nenek kat wad sebelum pergi sekolah dan balik sekolah Yah , Ibu dan Ain mesti singgah hospital lawat nenek . Bawakan sarapan dan makan tengah hari . 

Nenek . 

Banyak sangat kenangan nenek tinggal kan . Sehingga nenek pergi tanpa pesan . 
Nenek jika Yah tahu hari itu hari terakhir nenek. Yah takan balik . Yah akan berkeras dengan keputusan Yah tak nak kesekolah esoknya . 

Tapi masa hari itu , 
Yah sekeluarga balik pada awal pagi kerana malam tu.......

Nenek . 
Yah rasa masa tu Yah baru sahaj lelapkan mata dirumah . Tiba ibu kejut dan cakap balik kampung nenek macam dah tak ada . 

Yah terpinga pinga .Yah hanya ikut masuk dalam kereta dengan keadaan mamai . Dalam kereta sepanjang jalan kekampung Yah hanya fikir nenek kenapa? apa jadi kat nenek ? nenek macam tak ada ?. 

Sampai rumah nenek , suasana sunyi dan sejuk kerana waktu tu masih awal pagi .

Langkah kaki ah masuk ke ruang tamu . Yah terpandang bilik tempat nenek tidur sepanjang 2 hari nenek sakit .
Yah nampak kain putih menutup badan nenek .
Yah nampak cik mah menangis di kerusi  cik apis sedang memujuk.
Yah nampak cik im berdiri memandang nenek.
Ibu dan Ayah terus mendapatkan nenek dalam bilik .

Tapi Yah terus diam kaku dan menangis . Masa tu Cik Im cuba pujuk .
Tapi hati Yah  lembut untuk menahan sedih .
Yah ......

Lepas doktor sahkan nenek ..
Ibu menyuruh Yah baca yassin . 
Masa tu cik din , cik sidah dah sampai nenek. 
Ramai juga orang kampung yang dah duduk bacakan yassin untuk nenek . 

Lepas semua tempat mandi untuk nenek dah tersedia .
Kami cucu perempuan , Ibu Cik Eyma Cik Sidah Makwer dan beberapa orang kampung mandikan nenek.
Yah nampak ibu sungguh kuat untuk tahan air mata.

Nenek ,
Masa kami mandikan nenek .. 
Kakak baru sampai dari Asrama naik cik Kamar.
Ya Allahmasa tu Yah sedih sangat tengok kakak . Dia berlari dari selah agama .
Sampai ke halaman mandikan nenek dengan tangisan .
Ibu masa tu selamat sempat tangkap kakak .
Nenek kami semua sayangkan nenek.

Nenek ,
Lepas neneksiap dikafankan dan Disembahyangkan.
Waktu itu adalah waktu terakhir kami semua cium nenek .
Yah cucu pertama cium nenek dan itulah yang terakhir untuk Yah mendekati nenek .
Yah tengok Atok menangis dan hampir tombang .
Pak Itam terus pegang atok . 
Ya Allah masa itu sangat sedih . 

Jenazah nenek ,
Diusung untuk bawa kekubur .
Masa tu terlalu ramai orang kampung melawat nenek.
Penuh halaman rumah nenek .

Tapi ,
Yah sampai kubur jenazah nenek dah disemadikan . 
Tak sempat untuk Yah lihat .
Wak noor sekeluarga pun dah sampai masa tu..

Nenek ... 
Sampai sini sahaja ..
Yah tak tahan nak sambung kenangan terakhir ..
Nenek masa yah tuliskan ni Yah menangis kerana Yah gembira nenek selalu hadir dalam mimpi ibu untuk bantu ibu bila ibu ada masalah .. Terima Kasih nenek .

Semoga syawal tahun ni datang dengan kegembiraan .
Ya Allah terima kasih kerana meminjamkan kami seorang nenek yang sangat penyayang :)

Al-Fatiha 

Thursday, July 10, 2014

Lutut !

Assalamualaikum ...

Sedih . Kecewa . Hampa .

Entah gembira langsung tak ada.
Rasa putus asa untuk teruskan.

Tamat game haritu .
Aku terus fikir .
Sampai situ sahaja.
Mungkin itu yang terakhir .

Aku kecewa bila teringat semula.
Adakah dunia ini tak adil ?
Atau ini ujian mu Ya Allah .

Kenapa ?.
Kenapa sebelum SUKMA menjadi focus game aku .
Kenapa aku tak diuji  ini.
Lutut ? Entah bila baiknya .
Entah bila boleh buat lagi .


Eh!
Trauma aku nak melompat.
Entah sampai bila aku nak cari kekuatan .

Ya!
Aku tak boleh lupa sakit tu .
Sebab ia memang sakit .

Habis sukma .
Lutut ni terus tak di pedulikan .
Makin sakit dan terus sakit .

Aku give up nak pergi sekolah .
Kadangnya aku rasa nak ponteng .
Aku tak nak naik tangga .
Ya ! Ia sakit .

Kenapa aku tak ada kuasa .
Boleh aku terbang pergi johor buat physio .
Setiap hari .

Hermm !
Biarlah .
Aku jer yang susah .
Bukan susahkan yang lain .

Wednesday, June 4, 2014

SUKMA 2014

Assalamualaikum ...

SAYA MINTA MAAF .
SAYA BUKAN YANG TERBAIK .
MUNGKIN SAMPAI SINI ....

Tuesday, February 25, 2014

Duniawi 2014

Assalamualaikum ...

Cepat kita rasa hari berganti hari , Waktu berganti waktu dan kita baju berganti baju . Febuari 2014 telah pun masuk penghujung .
Bukan sekadar pantas Usain Bolt berlari . Tapi Eyah merasakan secepat kelipnya kelopak mata Eyah . Nampanya Eyah terlalu lambat ?? .

Januari 2014 Telah beri pelbagai cabaran . Tanpa disedari . Bulan Febuari 2014 tellah merancang cabaran cabaran yang bakal Eyah hadapi ....

Semoga Eyah terus dengan semangat yang ada dan sentiasa Update semangat . Eyah percayalah diri engkau sebenarnya tidak selemah yang kau bayangkan . Pemikiran kau yang terlampau positif . Kau mampu berjaya seperti orang lain . Kau percayalah kata HATI engkau .......

Eyah jadikanlah kelebihan orang lain itu untuk engkau bersaing dengan mereka . Peduli , kau dihina ataupun kau dilupa . Engkau teruslah berdiri , engkau percaya dengan duniawi yang masih ada berdiri dan menghulurkan tangan untuk memberi semangat kekuatan pada engkau . Walaupun ia hanya khayalan ...

Kelebihan orang kau jadikan cabaran untuk engkau jadi yang lebih baik . Supaya engkau dapat buka mata orang yang selama ini anggapa engkau kalah ! anggap engkau lemah ! anggap engkau hanya diguna gunakan !. Eyah engkau teruslah berfikir positif supaya engkau dapat menggapai impian engkau ....

Tiada apa yang perlu engkau tangiskan , Jika kau yakin kejayaan milik kau ....
Engkau terus berusaha dan berusaha selagi engkau rasa engkau lemah ....
Jangan tungggu lagi . Engkau pergilah sendiri .

Eyah buatlah persediaan untuk diri engkau !!.

GEMPAKK!!..LOVE all'z