EYAH ROCKET

EYAH ROCKET
Dunia tidak menjanjikan keindahan setiap masa . Tapi akhirat ya !

Friday, November 23, 2012

Cinta ke ? --"

Assalamualaikum ... Alhamdullilah dengan izin Allah eyah masih bernafas untuk berkongsi cerita di dalam kotak diari ini . Apa ada dengan cinta MONYET ? . . hahaha ^^, Kita masih belajar tentang kehidupan yang penuh dengan ragam manusia . Yang baik , buruk , gedik , jahat , pengotor , ngemproh dan lain lagi . Hahh~ macam  ikan 8 rasa kan ? . . Minggu ni entahlah , mungkin minggu eyah penuhkan masa dengan kawan-kawan . Jadi pelbagai cerita yang berlaku antara kami atau rakan rakan Eyah . .

Hidup tidak selalu bahagia sekelip mata boleh jadi duka . . . . .

  Cinta ? . Eyah nak cerita pun eyah tak pernah bercinta ataupun bahasa saintifiknya "Couple" , Siapa la nak dengan budak perempuan yang tak secantik budak perempuan lain --" . . Heeee . Ermm dalam dua hari termasuk Hari ni Jumaat 23 November 2012 . Sahabat eyah sendiri melukakan hati sahabat eyah yang lain . Herrr~ macam menendang bola ke tiang goal . Perkara yang sia sia dilakukan tapi dengan sengaja melakukan . mensia sia kan masa :))

EYAH berkongsi pengalaman . . .

  Eyah bukan nak memburukkan mana mana pihak . Tapi sudah tercatat eyah perlu membantu kawan eyah bersama kawan kawan lain . Jadi sama sama kita jadikan pengajaran dalam hidup kita . Jika yang baik mampu kita ikut teruskan tapi jika tidak kita melangkah sejauh boleh .

*AWAS* Tolong jangan marah saya jika saya poyo --" . .saya tak tahu macam mana couple a.k.a cinta ? ?

 Kata orang CINTA tu Jodoh yang Allah tentukan untuk semua hambanya .Walaupun telah ditentukan kita perlu juga usaha mencari yang sepadan dengan hati kita . Kalau sekarang tidak sempurna mungkin suatu hari Allah akan temukan kita dengan orang yang lebih sempurna . Bagi lelaki jangan hanya seorang perempuan kau perlu muram selamanya . Bagi perempuan pula sebaliknya . Hidup tetap kena teruskan walaupun hati parah dilukakan . Apakan daya , semua Allah dah tentukan .

  Kata kata setia siapa tak boleh luahkan . Mungkin kalau Allah kurniakan mukjizat untuk kanak yang baru lahir boleh bercakap . Pastinya dia juga boleh mengatakan kata setia pada sesiapa saja . Baru satu hari eyah nampak mereka gelak tawa bersama . Bila malam hari yang sama mereka katakan lafaz putus . Dengan sebab yang sungguh menjahilkan diri sendiri . Bila perkara ini berlaku . Persahabatan mula hancur sedikit demi sedikit , Jika tiada bantuan eyah pasti Persahabatan yang di bina pasti akan musnah .

  Aku dah katakan , yang usia kita belum layak untuk bercinta . Kerana usia kita masih ditekan kan oleh Ibu dan Ayah masing masing malahan Guru juga keluarga yang usia kita ini perlu belajar mencapai cita cita . Kerana zaman modern ini jika kita lalai sedikit pastinya kita sesat . Bukan dilarang untuk bercinta tapi berfikirlah jika ingin buat keputusan .

  Siapa yang masih sebaya dengan eyah 15 ataupun yang masih bawah umur . acehhh ~ Hidup kita dihadapan banyak lagi masalah dan rintangan yang menunggu kita untuk menguji kita sama ada kita mampu maju kehadapan atau tersungkur duduk tediam . Pada usia kita memang amat digalakan meminta bantuan jika kita mempunyai masalah . Kerana usia kita masih belum cukup garam untuk mencari jalan . Kita cuma mampu menjadikan satu masalah itu sebagai pengalaman hidup kita . Supaya sampai masa ia berlaku kembali kita mampu untuk melawan .

   Usia kita sekarang tak tahu lah dibenarkan bercinta atau tidak ? . . sentiasa menjadi persoalan kepada awak . awak . awak dan awak . Ada orang cakap kawan jer dulu kalau ada jodoh tak kemana --" . Ada juga yang cakap jangan nak ngengada seluardalam pun mak carikan lagi --" . Yang cakap couple la janji tak rosak --" . .Haaaa~ mana satu ye ? ? . . entahlahh ~ ikut pendirian masing masing la kan ? . sama sama la pikir =D

  Bagi eyah masa ni eyah perlu mencari kawan yang ada susah senang sebanyak boleh . Bukan eyah melupakan keluarga dan orang yang pernah bantu eyah selamani . Mereka tu lagi penting daripada kawan . Kawan ni kalau tak ada okey lagi . Tapi kalau keluarga tak ada . Eyah tak nak hidup lagi . Tapi eyah perlukan kawan untuk eyah dapat bersaing dalam hidup untuk sama sama berjaya dan berkongsi duka apabila di luka kan .

Hidup EYAH perlu ada Keluarga , Rakan dan Minat eyah . Tiada siapa yang boleh pisahkan eyah ^^,

No comments:

GEMPAKK!!..LOVE all'z