Assalamualaikum ... SETELAH , lamanya laman diari nurani ini ditanamkan untuk sementara waktu . Sudah lama engkau tidak mendengari tangisan , kegembiraan dan kehinaan diri ku . Sungguh setia kau menunggu ku . huhuh -.-" drama sepetang petang .
hALoooo . . para pelajar sekalian . TAHNIAH ! anda berjaya menduduki PMR sehingga tamatnya pun. YEahh ! sama dengan kita . *angakat hidung* =^='' . heheh . Bagi aku PMR ni adalah masa yang paling berharga dalam hidup aku . Mungkin dalam 15 tahun . Tahun 2012 adalah tahun yang paling Gembira , Mencabar , Seram dan belbagai lagi . Sedih tak sedih . Seronok pun tak seronok . Sebab semua citarasa asam garam manis gula semua ada . heheh `` , okey ! cukup pendahuluan .
Ingin ku cerita , apabila hampir Sebulan lagi PMR tiba . Bagi ku ini adalah hari paling kejam !!! . Hari paling ku benci ! . Bulan paling ku caci ! . Tapi dalam kebencian terselit kegembiraan dan kesedihan . Apabila tiba waktunya 1 SEPTEMBER 2012 bermula segalanya . Segala pergerakan ku banyak dicantas . Ada yang ku dengar ada juga aku buat untuk kepuasan hati .
Hati aku buntu bila terpaksa berhenti seketika perkara yang menjadi minat aku buat sementara waktu . Aku rasa nak memberontak dan memarahinya . Tetapi Allah masih kurniakan diri ku iman walaupun hanya secebis . Kata-kata ibu adalah suatu doa . Jangan segala kata kata dibantah . Tetapi aku manusia yang punya perasaan untuk aku rasa ketenangan . Pada malam sebelum mulanya peperiksaan hari pertama . Aku meminta ampun dan maaf kerana aku selalu membuat ibu marah , kecewa dan sebagainya dengan sikap ku . Diriku berbisik kenapa aku tidak seperti kakak dan adik ku . ? ? . Mereka boleh mengikut segala jadual ibu dengan belajar pada waktu pagi buta , tidak ada tv , tidak ada internet dan tidak bermain/sukan . Seketika aku berasa buntu dengan diriku . Kalau aku , segala yang dilarang itu lah yang aku lakukan kerana itu minat ku. Itulah kelemahan diriku . Tapi aku takkan melawan segala kata kata beliau dengan kata kata . Aku lebih rela berdiam diri supaya aku tidak meluka hatinya . Kerana aku merasakan hatinya banyak terluka dengan gerak geri fizikal ku , yang tak banyak berkata tapi sungguh menyakitkan .
Apa pun dia telah berlalu ... Tiada masa yang boleh berpatah balik ....
Walau dalam kesakitan hati , tetap adanya terselit rasa sayang dan bersalahnya dalam diri ku . Setiap malam apabila tepat pukul 10.00malam . Ibu akan menyediakan minuman panas untuk aku segar semasa belajar . Ibu akan sediakan makanan jika aku minta . Apa sahaja yang ku inginkan pastinya ibu hulurkan tanpa persoalan , tanpa resahan . Sedang diriku , hanya tahu mempersalahkan . Sedangkan aku , tidak tahu menghargai , Sedangkan aku , tidak pernah turuti . Beliau seorang ibu yang tabah melayani sikap ku . Setiap kali ke sekolah pastinya dia memberikan wasiat untuk aku belajar bersunggunh-sungguh , menasihati aku untuk mendengari kata guru , menasihati ku untuk menghormati rakan-rakan . Itulah perkara yang setiap kali ia pesan untuk pedoman diri ku .
walaupun beliau menyekat segala aktiviti ku . Beliau tetap memberi semangat pada ku . .. .. ..
Beliau(ibu) sentiasa mengingatkan ku untuk terus berusaha kerana beliau ingin melihat ku berjaya . Di rumah beliau sentiasa berpesan supaya aku ingat akan usaha puan pengetua Puan Hajah Faredah yang sanggup berjumpa beliau di rumah untuk menerangkan segala yang beliau impikan pasti aku boleh lakukan dan buktikan .
Pada suatu hari , apabila rahsia terbongkar yang aku ada mengadu masalah pada Sir . Mula pada masa itu Beliau(ibu) akan berpesan supaya aku usaha lebih tinggi untuk membuktikan segala kata-kata Sir yang percaya aku boleh . Aku perlu turuti kata-kata itu yang aku harus lakukan .
Itu semua kata-katanya . . .
Setiap malam pastinya beliau menemani aku ....
Pada setiap malam pastinya beliau akan menemani aku untu mentelaah segala buku sempai tertido . Segala usaha ibu adalah lagi besar dari usaha ku sendiri. Rasa diri ini malu semalu malu malunya . Aku masih ragu dengan kesilapan ku . Masih ku fikir kenapa , kenapa aku tidak mampu untuk berdiri di malam hari untuk menunjukkan usaha aku untuk berjaya . Aku percaya itulah yang ingin diperhatikan dan yang dinantikan oleh ibu untu melihat aku bangun pada waktu pagi membuta . membaca dan mentelaah setiap coretan ayat dalam buku latihan yang di belinya dengan rasa bangga dan bersungguh-sungguh , yap! aku pasti itu yang beliau harapkan . Tapi apakah daya ku . Aku cuba untuk bangun seawal pagi tapi hanya bertahan dari pukul 3.30pagi-5.00pagi , Aku tak mampu berterusan . Kenapa aku tak sama dengan mereka berdua ? . Kenapa perlu aku yang lalui ini semua?. .
Sekali-kali hati aku tetap ada rasa cembura yang buta kepada kedua-dua darah dagging ku . Mereka seorang yang pandai dan rajin . Kenapa aku tidal sebegitu? Tapi kata ayah . Aku sebenarnya sama macam merea . Mungkin aku boleh dapat lebih daripada mereka . Tapi mungkin aku harus usaha tinggi sedikit daripada pada apa yang aku lakukan sekarang .
Peperiksaan Menengah Rendah mengajar aku erti hidup . Mungkin sekarang segala masa dah berlalu . Segala usaha ang aku lakukan mungin itu yang bakal aku perolehi . Itu kata ibu . Tetapi masih ada masa lagi untuk aku berdoa semoga segalanya dipermudahkan dan segala impian dimakbulkan. Walaupun sentiasa memarahi aku . Tetapi dalam hati ibu sebenarnya inginkan aku berubah . Ibu sebenarnya nampak kelemahan diri aku . Eyah kau belum terlambat untuk semua ni . Mungkin yang lepas biarkan lepas . Tapi tak salah kalau usaha-usaha akhir ini menjadi kenyataan .
Bila Allah menyebut KunFayaKun - Jadi maka jadilah sesuatu perkara itu dengan izin Allah .... Insyallah.
Sepastinya aku tak tipu usaha seorang IBU , AYAH , GURU , adalah segalanya .. merekalah paling ku sayang . Zaman PMR ni adalah waktu yang penuh citerasa . ! . ..terima kasih semua :)
No comments:
Post a Comment