Assalamualaikum ...
# Berdiam itu cukup indah bagi diri ku manakala mengukir Seyuman itu cukup senang untuk hati ku . <3
Walaupun Allah memberi setiap manusia kesabaran . Tapi sampai bila diri ini mampu bersabar jika seringkali dijadikan kepentingan diri sendiri . Jika aku hanya mampu berdiam tapi mungkin tak lama untuk aku mempertahankan sifat aku . Kerana aku ini manusia biasa yang lemah . Aku juga dikurniakan perasaan marah . Aku takut sekiranya sampai masa nanti aku menjadi luar daripada sifat diri ku . Mungkin aku akan mengguris juga hati mu .
Aku seringkali mendiamkan siri supaya cerita yang di tengkar kan akan berhenti sekerat jalan ataupun dapat berhenti seketika bagi masing masing menenangkan diri . Tetapi sikap yang ego pada diri mu membuatkan aku tertekan !!
Aku seperti pasrah dengan sikap diam diri aku . Yang hanya menerima segala kata mu . Segala amarah mu .Aku setia mendengar supaya kamu sering bebas dari tekanan . Kerana aku tahu kamu lebih banyak menghadapi tekanan. Berbanding aku yang hanya membuat orang tertekan .
Hidup perlu kan Kesabaran , Persefahaman dan Pedoman untuk hidup selalu memudahkan diri sendiri dan orang lain. Bukan mudah untuk kita memberi orang lain gembira . Sedangkan hidup kita sendiri merana .
Entah ! sampai bila perlu aku melalui rasa rasa seperti ini . Aku gembira kerana sikit sebanyak perkara yang berlaku ini mengajar aku untuk bersabar . Aku tak sanggup melawan setiap kata mu . Kerana aku tahu apa yang akan berlaku apabila setiap kata mu aku lawan . Tapi sampai bila ? !!! . .
Hanya berdiam diri apabila dipersalahkan adalah satu tekanan yang menyakitkan untuk diri aku . Tapi aku tak sanggup melihat kau jua akan terluka dengan kata aku nanti . Tapi kenapa kamu tak pernah menilai apa yang sedang aku lakukan . Aku cuba untuk menjaga hati mu . Aku cuba ! Ya Allah sukarnya ujian mu . Sukar untuk aku menjaga perasaan orang .
Setiap hari aku akan mendengar segala luahan perasaan mu , segala kekalutan hidup mu . Sedangkan perasaan aku . Hanya dipendamkan didalam hati seperti keranda kosong yang tidak berpenghuni . Hahhh! Hati aku sebak mengharungi segala kekalutan hidup aku ini .
Apa yang berlaku memang ujian Allah . Aku rela menerimanya . Kadang kadang aku fiir ingin saja mati untuk orang lain senang daripada aku hidup ada sahaja masalah yang datang . Kemahuan aku untuk tinggal sendirian untuk aku layan perasaan sakit ku . Ya Allah , betul ke apa yang aku lakukan selama ini . Adakah aku hanya perlu mendiamkan diri sahaja ? Sedangkan aku sedang di perlekehkan ? . . Sesungguhnya , ujian mu amat mudah untuk aku harungi kerana adanya kegmbiraan yang menemani aku sepanjang masa . Dan adaNya kau untuk menjaga ku .
Alhamdullilah , aku akan bersabar dan terus bersabar supaya aku tidak melukakan hati mu . Aku berjanji aku akan terus sentiasa dan selalu mendengar segala tekanan mu . Itu sahaja pengorbanan sementara waktu ini yang mampu aku lakukan . Aku tak sanggup menjawab segala kata mu . Kerana aku anggap segala kata mu sebagai nasihat dan pengajaran untuk diri aku . Terima Kasih :")
No comments:
Post a Comment