EYAH ROCKET

EYAH ROCKET
Dunia tidak menjanjikan keindahan setiap masa . Tapi akhirat ya !

Sunday, September 15, 2013

Beliau setia .Cara Beliau Berbeza ~

Assalamualaikum ... Inilah dunia , Tiada yang sama , Tiada yang serupa . Kenapa begini ? . Kerana itulah ketentuan Ilahi . Apa sahaja yang Allah buat pasti ada Hikmah kebaikan yang tersirat di situ . Bersabarlah dengan segala ujian dan dugaan yang berlaku . Sememangnya Allah akan bagi yang tebraik untuk setiap hambanya . Seperti mana kita sedang sakit . Tapi dalam sakit itu Allah mnghapuskan dosa dosa kecil hambanya . Allah terlalu sayangkan Hambanya .

Ya Allah kau berikanlah Yang Terbaik dalam kehidupan kami . Aminnn .....


           Walaupun beliau seperti  tak memahami sakit yang aku rasa . Walupun beliau selalu bicara orang yang di tembak di medan perang lagi terseksa . Sehingga , hati aku menyimpan sakit sehingga tidak pernah lagi mengadu akan kesakitan yang aku rasa . Kerana aku benci akan jawapan yang sama . Ohh , Mungkin aku pun beri kan soalan yang sama .

Kadangkala , aku terpikir kenapa beliau bergini ? kenapa beliau tidak sama dengan orang lain ? kenapa ? kenapa ? kenapa ? ...........

            Jawapannya pastilah , kita semua tidak serupa ! . Walaupunbegitu , Aku tahu itu satu kata semangat beliau ingin aku kuat . Beliau tak mahu melihat aku terlalu manja dan tak mampu berdiri lagi untuk berjuang . Tapi aku cuma mahukan peneman ? . Sebenarnya ,  beliau setia menemani aku dalam perjuangan aku yang masih jauh untuk aku kejar . Aku tahu , inilah cara beliau ingin aku berdikari dalam hidup supaya aku menjadi insan yang berjaya .

Aku tahu , beliau setia mengambil berat tentang diri ini . Kerana beliau Ibu & Ayah ku . Tanpa beliau mungkin aku bukan seperti mana aku sekarang . . . . . . . .


Membesarnya aku dari Perut mu Ibu dengan sakit perit mu melahirkan ku .
Membesarnya aku dengan usaha mu Ayah mencari rezeki untuk ku .
Membesarnya aku kini dengan Penat Lelah mu Ibu dan Ayah .........

Terima Kasih Ibu & Ayah , semoga segala titik peluh mu menyembah kebumi mampu ku sanjung dan membalasnya .................

Ya Allah semoga kami anak anak mampu mebalasnya jasa kedua orang tua kami . Aminnnnn

No comments:

GEMPAKK!!..LOVE all'z