Assalamualaikum ... Sudah lama tidak bercerita dalam alam maya ini . Sudah lama juga berdiam diri . Apa khabar rakan-rakan ? . Sihat ke anda semua ?. Banyak cerita ingin dikongsi . Tapi masa tidak mengizinkan . *bahasa standerd* . . hahaha ~ .
Sejak tahun 2013 terjebaknya saya dalam bidang Koakademik Bahasa disekolah , Cara percakapan perlu diubah untuk persediaan tahun hadapan membawa nama sekolah pergi ke medan Perang . Acehh .. Tahun ni saya sudah berkecipung dalam bidang baru tetapi sukan tetap dihati tidak ditinggalkan malah ! tidak juga diabaikan . heheh :) . Seronok dapat mengikut Program bahasa seperti Berbahas , Berpidato dan Forum . Alhamdullilah semuanya sudah selesai untuk tahun ini . Walaupun SSP tiada rezeki untuk mendapat tempat terbaik sekurangnya kami telah mencuba dengan baik . Tahun depan tiba masanya untuk saya berperang tanpa "Lagend" sekolah . OH Supriseee ! .
Sukan still sukan . Bidang baru sebagai sampingan titik permulaan untuk belajar menjadi seorang yang Kreatif , Berani dan Berkualiti . Seronok-seronok bulan ni sebab dapat join macam-macam program bahasa dan bersukan . Walupun seronok , tidak terdaya untuk bersangka yang malang akan menimpa . Inilah dikatakan " Malang tidak berbau " . Tamatnya , aktiviti Koakademik , saya memulakan aktiviti sukan yang tidak asing lagi dengan hidup saya iaitu Bola Jaring dan Hoki . Seronok berlatih , Tidak ingat kesannya . Sekarang , perlu berehat sementara waktu bagi memulihkan kembali semangat .
Hemmm . tidak sangka semakin bertambah rasa kesakitannya . Tapi hati selalu berkata " Sabar " , kerana sakit itu membuatkan kita lagi semangat . Betulkah rakan-rakan ? . Selalu terseyum dan termenung memikirkan apa yang bakal tiba dan juga yang akan saya akan tempuh pada masa-masa akan datang nanti . Ya Allah semoga segalanya baik dan dipermudahkan . Semoga ini semua ujian yang kecil dan cepatlah diberi kesemburan atas sakit yang datang ini . Walaupun sudah terbiasa dengan sakit yang sama , kadang-kadang risau mebuat rasa bertambah .
Mana hati yang tidak risau ? , kerana badan ini ingin pakai lama . Kadang-kadang ingin abaikan sahaja apa yang sidang di rasa . Tapi tidak termampu . Kadang-kadang ingin diam . Tapi sentiasa ada yang ingin mengambil berat . Kadang-kadang ingin bersuara lantang . Tapi ada yang mengata . Alhamdullilah sentiasa ada yang membantu ... Sampai sini sahaja , saya ingin bercerita . Jika ingin mengata . Katalah ! Jika ingin menegur . Persilakan ! . Saya open . Saya terima segala kata-kata dan saya terima segala teguran .....
Kerana yang baik itu datang dari MAHA PENCIPTA , Dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri .....Wabilahitaufik Walhidayah , Wassalamualaikum Warahmatuallah Hiwabarakatuh ....
Hidupku : EYAH
No comments:
Post a Comment