EYAH ROCKET

EYAH ROCKET
Dunia tidak menjanjikan keindahan setiap masa . Tapi akhirat ya !

Saturday, December 29, 2012

1 # Ligatkah aku ?

Assalamualaikum ...

Hidup ! .
Kau kata umpama roda yang berputar .
Susah senang terus menetap .
Bilakah mahu mati telantar ?

Itu takdir . . . . .

Adakah kau fikirkan ?.
Adakah kau bayangkan ?
Adakah kau impikan ?
Adakah kau hilangkan ?


Itu cuma persoalan . . . . .

Kau hebat ! 

Kau bijak ! 
Kau berkerjaya !
Kau bahagia !

Itu cuma pujian . . . .

HAHAHAH !
Masa kita tiba sepantas kilat .
Tak sempat itu kecuaian .

Kita perlu cepat dan ligat .
Mencari segala JAWAPAN ! .

Thursday, December 27, 2012

Sakit --"

Assalamualaikum ... APAKAH ? KENAPAKAH ? SIAPAKAH ? PERLUKAH ?  . .Arghhhh ! sakit kepala datang balik ! . Satu lepas datang satu ! Alhamdullilah Eyah terima . Ini cuma cabaran kecil jer . Kenapa sekolah awal sangat nak start ni ! Kenapa . Eyah belum habis pikir nak masuk mana . COP!! Sebenarnya sudah pikir . Tiba tiba hari ni ibu tanya balik .. Betul ke apa yang eyah pilih . Ibu bertanya sambil buat muka sedih . Rasa bersalah ! confuse ! pening !. harrrrrrrrrr . . tolong aku ~

  Eyah tak pastilah nak masuk sekolah mana dah ! SMKSP atau SMKDPB . ? Semalam beli barang sekolah sebab Eyah dah yakin dan pasti nak masuk SMKSP . But , tadi ada kawan ibu call suruh wish tahniah at Eyah . Apapun eyah kenal sangat cikgu tu . Tiba tiba dia tanya kat ibu "Eyah tak nak pindah ke ? " WHY ? . kenapa perlu persoalkan soalan tu ? . Kau tahu buat hati aku rasa bersalah dengan ibu ! .PAHAM !

 Ibu . Eyah minta maaf . Mungkin pilihan kita ada kelebihan dan kekurangan. . Entah ! tak tahu apa Eyah rasa sekarang ? . Eyah tak tahu nak pilih mana?  Eyah tak tahu nak masuk mana ? Eyah tak tahu nak ikut sapa ? Eyah tak tahu siapa benar ? Eyah tak tahu hati Eyah betul atau Ibu ? Eyah tak tahu mana yang Eyah ikut bawa Eyah berjaya ? Eyah tak tahu ibu bakal kecik hati atau tak kalau Eyah tak ikut pilihan ibu ? .

 Bukan Eyah nak kecoh tapi Blog ni tempat Eyah hilangkan segala sakit ! Ye, Eyah tak suka tansion . Tansion tu sakit . Rasa nak terkeluar biji mata ! nak tercabut leher ! membesar kepala  . Ingatnya masa bulan bulan nak PMR jer rasa macam ni . Lat dah keluar result pun rasa !. peritttt --" . Eyah tak minat sakit ni !! .

  Mungkin , Eyah ikut hati eyah . Eyah tahu ibu pun tansion sebab ramai kawan kawan ibu tanya Kenapa eyah tak pindah ? kenapa eyah pilih ssp ? . Ibu pun pening sebab ada yang suruh pindah ada yang suruh eyah stay kan ? . Mungkin ibu lagi tansion sebab ibu yang uruskan budak-budak pindah sini sana situ . Mungkin ibu lebih tahu mana yang bagus untuk Eyah . Tapi entah eyah kali ni keras dengan pilihan eyah .

  Eyah pun rasa bodoh dengan pilihan eyah . Sebab eyah pilih bukan sebab faktor yang wajar . Hanya sebab Kawan , Sukan , Cikgu cikgu . Tapi bukan sebab apa pelajarannya okey atau tak nanti ? Macam mana pelajaranya nanti ? .Tapi semua sekolah sama kan ?  Ibu yang cakap dengan Eyah masa FORM 1 dulu .  . Tapi eyah rasa itu yang eyah nak . Insyallah eyah akan belajar betul - betul .

TAPI ! Eyah tak salah kan Ibu semua ni . Eyah salahKAN! orang yang bertanya macam macam kat Ibu . Orang yang beria ria suruh eyah pindah . Eyah harap Ibu kuat . Eyah tak nak Ibu sedih dengan pilihan eyah nanti . Eyah tahu ibu percaya pada eyah . Cuma Ibu hampir hilang kepercayaan ibu tentang pilihan eyah sebab orang orang yang sibuk hasut ibu pilih itu ini kan? . IBU KUAT !

Eyah harap doa ibu dan ayah jer buat Eyah berjaya . Tapi bukan dimana Eyah berada . Jika Ibu dan Ayah sentiasa bersama Eyah . Insyallah eyah usahakan apa eyah impikan . Hope so. LOVE YOU :)

 Okey lah ! eyah nak chaww nak rehat . Malam ni training . Apa jer yang berlaku nanti eyah terima . Jika betul kena pindah Eyah ikut jer . Eyah tak tahu apa yang betul sekarang ! Eyah ikut je . . Yang penting Ibu dan Ayah gembira  . . Eyah harap itu jer :)

Sunday, December 23, 2012

Ayah ada anak Bujang ? --"

Assalamualaikum . . Hari ni siap mengemas bilik kesayangan EYAH . Tak ada lah penat . Sebab dah banyak kali kemas . Setiap kali kemas mesti ada jer yang di alih . HAHAH --" . Lepas kemas kemas tadi Ayah masuk bilik EYAH . Then , Ayah cakap

Ayah : Bila masa pulak Ayah ada anak bujang ni ? ? Ibu tengok ni bilik anak bujang ibu . --"

Eyah : happpaanya . --" . sampai hati ayah . 

Ayah : bilik anak dara banyak patung , love love , bunga bunga . 
.
Ibu : *masuk jer bilik* Ya Allah bila masa kau ubah suai ni Angah . Nampak sikit kemas kalau tak bersepah . Tak perlah bang . Minat dia . . 

Eyah : Ayah taddy bear ada tu bawah meja . Ada tiga lagi . Eyah tak nak letak kat katil takut . Yeahh ! tengok ibu anak dara ibu kan rajin ^^, .

Ayah : sampai berabuk teddy bear tu Angah letak bawah meja . . Ermmm . Nanti ayah buatkan tempat gantung pingat . Biar penuh dinding ni .

Ibu : Bang buat tempat letak peralatan dia sekali . Jadi tak ada la makan ruang  .

Eyah : Bilik macam besar jer semua benda nak letak . HAHAHA --"

Ayah : biar tersusun sikit . paham ?

Eyah : eyolahh boss ^^, .




Stick Hockey , Pemberat kaki , Peralatan taekwondo . ^^, 
Ni lah kenangan yang terindah dan kenangan pahit ^^,
#Eyah paling banyak pingat antara kak Long dan Ain . HEHEHE  --"
Tapi diorang banyak piala . --" 


Hahahah --" 

Ni ayah cakap macam anak bujang baju pun bersangkut belakang pintu --" . Please belikan almari .HAHAHA





Segalanya bilik ni tempat mendengar perasaan eyah . Tempat eyah training sorang sorang degan cermin . Ada cermin besar . Cermin tu first Eyah beli bila Bilik ni jadi bilik eyah ^^, Boleh lah berangan sorang sorang . HAHAHA . Tapi bilik ni selalu kalajengking masuk . Sebab tu letak kayu hoki sebalah katil apa-apahal papah jer . Tu pesan ayah ^^, .

  Cakap pasal Teddy Bear or Anak patung . Eyah bukan tak suka . Eyah sebenarnya takut dengan Teddy bear or Anak patung kalau letak kat katil or almari or meja . Sebab nanti eyah terbayang banyang malam dia hidup . HAHAH ^^, Dari kecik sampai terbawa bawa kebesar . Eyah ada 3 Teddy bear 2 orang bagi 1 beli . Tapi semua Eyah leta bawak meja . Dari warna Putih jadi Kelabu sebab berhabuk . HAHA .

Okey chawaw ! nak keluar dengan kawan-kawan :) .

CUCU Mu Tengah rindu :"(

Assalamualaikum ... Balik kampung jumpa Atok Admin dan Nenek Kostiah . Ni family sebelah ayah lahh . Jyeahh ! Atok bagi "wet" . Atok suruh senyap senyap jangan bagitahu cucu lain . HAHAH --" . Atok kata rahsia . Kelakarlah atok :) .

Siapa rasa dia cucu mesti ada perasaan macam ni kan ? .

Yeahh ! balik kampung tak sabar na bagitahu result periksa pada atok dan nenek . Mesti atok dan nenek bagi hadiah . !! . See --" mesti ada punya kita yang bergelar cucu ni rasa .

ATAU .

Yeahh ! balik kampung mesti Pakcik sedara or Makcik sedara bagi hadiah . Yeahh ! See--" mesti ada juga kan ?.

  Bagi aku itu dulu masa Eyah UPSR . Firstly , lepas keluar result talifon Ibu and Ayah then Talifon Nenek and Atok . Walaupun result tak bagus mesti ada habuan dari nenek . Sekarang Eyah rindu dengan Arwah nenek Iptiah . (Al-Fatiha) . Mesti kalau Arwah ada lagi . Arwah nenek yang datang Rumah pontian bagi hadiah . Dari result " Darjah 1 hingga Form 1 '' apa jer keputusan periksa yang cucu nenek and atok dapat mesti Nenek and Atok bagi hadiah . Wuuhh~ makin sungguh-sungguh lah nak belajar nombor 1-3 itu jer yang dapat hadiah . Jadi balik kampung jumpa Nenek bawa sekali dengan buku Rekod Periksa . hehehe --"

  Sekarang Eyah rindu sangat pada Arwah nenek , Kalau lah nenek masih ada . Lepas keluar result terus jumpa nenek mesti nenek cium , peluk , tidur sama sama , kemas rumah sama-sama . Sebab terus tidur kampung . HEHE ^^, Ambil hati . kihkihihk ~ . Semuanya tinggal kenangan .

  Nenek benda paling Eyah rindu sekarang nak tidur sama nenek dengar nenek berzikir , Tolong nenek susun pasu bunga kesini kesana dapat upah lumayan orhh , Makan bawah pokok kuini , Kutip durian dekat kebun . Bakar sampah sarap dekat belakang rumah , Kumpul tin dan botol lepastu jual . Haaa~ Eyah rindu nenek .

  Alhamdullilah Eyah masih ada ATOK FANDI , ATOK ADMIN dan NENEK KOSTIAH . Semoga umur mereka dipanjangkan dan sentiasa gembira .

Eyah mohon sedekahkan AL FATIHA buat arwah nenek IPTIAH BINTI ABU BAKAR . Semoga arwah ditempatkan di Kalangan orang yang beriman dan disayang Allah .  ^^,.

Saturday, December 22, 2012

FORM FOUR BURN brain --"

Assalamualaikum ... Haiyakk ~ Akhir tahun sudah bakal menjelmakan dirinya . Choii . Maksudnya , Sekarang perlu fikir betul-betul untuk masa hadapan . Masa ni lagi penting daripada berhenti sekerat jalan . Ya Allah risau hati hamba mu ini . Apakah bakal aku tempuhi pada tahun hadapan. Harapnya mudah dah gembira . Aminnn .

  Tadi balik kampung , Eyah dapatlah berbual-bual sama My Uncle . Diorang explain pasal Kos masa di Form 4 nanti . Ermmm ada yang faham apa yang Eyah fikir . Tapi ada yang shok sendiri bila cakap . HAHAHA . ! Kadang kadang gelak dalam hati jer bila dengar my pakcik pakcik ni terangkan pasal subjek subjek masa form 4  nanti .  Terima jer lah cadangan diorang . Then nanti pikir semula . kihkihihihhkih ~

 Eh~ kawan kawan Batch 97 ! apa korang ambil ? . cer share dengan aku ? . hehehe

  Pakcik pakcik Eyah soal macam Eyah ni ada pengalaman masuk Form 4 . HAHAH . Eyah pun tak tahu pasal Form 4 ni . Adalah yang Eyah faham Pasal Sians Tulen , Perdagangan , Perakaunan , Sastera and apa apa jerlah . Itu antara yang Eyah faham . Sekarang Ibu bagi Eyah 2 PILIHAN ! . Firstly , sama ada Eyah ambil SAINS TULEN ! omgg  OR Eyah ambil PERAKAUNAN ! . seee !

  Thats My Problem ~

  HAHAHA ~ Ada senior senior cakap sains tu senang and bidang kerjayanya Luas . Kalau ambil perakaunan kena main nombor jer . Oshhh . Mana ni ? . Kalau aku tanya orang soalan pertamanya . KAU NAK JADI APA ? . Heyy . Eyah pun tak tahu . HAHAH !! . Ayah and Ibu nampak yang Eyah ni luas dalam bidang sukan jadi cadangannya ambil sains . ! study hard and be Doctor for MSN  . oowhh . Macam senang jer Ibu cakap !. HAHAH . Doctor ek ? ? .. Kena strugle gila belajar kalau nak jadi Doctor tu pakcik Eyah cakap  .

So macam nak ambil cadangan kedua --"

   Yang ni Eyah macam tak berkenan sebab Eyah nombor nombor ni pun tak minat sangat ! Ahhh ~ Main nombor susah or macam macam bentuk ada (&@&#!$#%*&*&^%$#%7 986754 ) NAMPAK !, hahah
Tak kan nak jadi cikgu matematik ? or juruAudit ? or Kerani ? ..HAHA . Pandai-pandai jer aku canang kerja ! . hihihi . Pakcik Eyah cadang just ambil perakaunan nanti jadi juruAudit untuk Team Taekwondo . Buat buisnes . HAHAH . . poning poning ! .

  Dah habislah topik pasal pilih Kos . Tetiba tibaan , Ibu bertanya Angah masuk sekolah Dato Penggawa ? .HAAAA ! Eyah rasa tak . tak tak tak tak tak. dan TAK ! . Tapi kata Ayah form 3 boleh lah campur sukan and belajar duduk di SSP . Tapi naik form 4 nak ke form 5 . Focus sebaik mungkin untuk pelajaran . Kau fikir senang ke SPM ?. HAHAHA ! . Sakitt jiwa . Now !!! Just serabut pikir pindah or tak . ? Perakaunan and Sains Tulen ? .

Sebenarnya , sama jer mana-mana sekolah cuma . Kalau ambil sains stay sekolah SSP je ! Kalau ambil Perakaunan kena pindah Dato Penggawa . Nothing can be Without hand of ALLAH . Hope ALLAH help me for getting a best situation . .

 Tunggukan jawapan dan pilihan yang bakal dipilih ! ~ Saksikannnn . HAHAHA

Wednesday, December 19, 2012

Love For PMR ^^,

 Thanq's To All My Love :)# Bukan untuk membangga dengan result sebegini . Tapi ini yang Allah berikan untuk Eyah . Syukur sebab ibu dan ayah terimanya dengan kegembiraan . Tahniah buat rakan rakan seperjuangan yang lain . Rezeki kita sentiasa ada . Jadi jangan bersedih dengan apa yang kita dapat bersyukur ... 


# Only be Smile :)
 Assalamualaikum ... Sepanjang bulan ni . Hari ni adalah hari yang ditunggu tunggu oleh semua Batch 97 . Adakah segala usaha dan impian kami terjawab hari ni ? . Masing- masing kata macam nak mati tunggu result . Huuu~ Eyah terus demam . Serious , Eyah bukan risau eyah tak dapat banyak A . Tapi Eyah bimbang hati orang-orang yang Eyah sayang kecewa .

    Heheh . Result PMR yang membuat aku Tansion ! Stress ! Tertekan ! Pening ! Demam ! Batuk ! . Alhamdullilah selamat aku masih hidup . Hihihihi . Syukur kepada Allah sebab memberi Eyah keperitan untuk menunggu keputusan diumumkan diakhiri dengan Ucapan tahniah dan seyuman daripada orang-orang yang sentiasa di sisi saya . Result Eyah memang tidak sebaik Kak Long and Kawan-2 yang straight A`s . Tapi kata orang takdir Allah itu kita boleh ubah tapi tak semua . Jadi kata syukur yang paling bernilai untuk dikatakan ^^,

   Seriously , 6A 2B tu bukan target Eyah bila Tamatnya menjawab semua paper . Eyah terus dapat target berapa bakal Eyah dapat  . Sebab Eyah tahu macam mana Eyah jawab dan macam mana perasaan masa tu .   Eyah rasa syukur sangat sebab Eyah buktikan untuk diri Eyah yang sukan tu bukan penghalang untuk kita berjaya . Bagi Eyah sukan tu membawa Eyah lebih bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk Eyah study and focus apa yang Eyah impikan . Keperitan tahun ni semuanya dah terjawab . Mungkin tidak  memenuhi harapan Pengetua dan Ibu. Eyah harap mereka tetap gembira dengan result eyah ^^, .
    Masa ambil result hari ni. Eyah tak dapat nak tengok rakan-rakan lain menangis dan ketawa . Sebab Eyah datang agak lewat sikit . Hahaha . Memang saja pun sebab Eyah tak sampai hati nak tengok kawan yang tak berjaya menangis dan mungkin eyah menangis sebab result eyah . Alhamdullilah kawan kawan Eyah semua cemerlang ada juga beberapa yang tak dapat terima .

  Sampai jer sekolah tadi . First peluk pengetua dan beliau sampaikan sepatah dua kata dan selapastu jumpa cikgu cikgu lain dan baru amek result . Al kisah ~ Eyah budak last yang amek result dari kelas 3 Elite. Memang pun . Sebab Eyah masuk jer pintu pagar sekolah . Kawan kawan semua cakap weyhh tahniah and bla bla . Thanqs ^^, . Dekat Facebook pun ada senior pesan nanti masuk Form 4 jangan honeymoon sangat sebab nanti menyesal masa SPM . okey ! insyallah . Pastu sedara mara call , kawan kawan dari sekolah lain. huhuhu .



Kertas ni Eyah masih simpan sebab masa itu Eyah kena panggil dengan cikgu Kauseling sebab Result percubaa Eyah yan tak memuaskan . I`m Get it 1A 6B 1C . 
Matlamat Eyah :
" Berjaya mendapat 8A PMR 2012 Sebab saya nak ! membanggakan Keluarga  dan Ingin membuktikan yang sukan tidak menjatuhkan prestasi murid "


     Bab paling Eyah happy sebab Eyah dapat buktikan yang Kata kata Eyah benar . Walaupun tidak straight A`s macam pelajar lain . Tak baik dan bagus macam orang lain
  . Eyah ingat lagi masa lagi berapa bulan nak PMR ramai cikgu dan kawan yang tegur  Eyah seperti tak ambil peduli dengan PMR sebab Eyah masih training dan pergi tournament . Masa tu memang Eyah tansion dan sampai guru kaunseling pun tegur Eyah . Sampai masa lagi sebulan Ibu betul-betul stop semua minat Eyah atas arahan cikgu cikgu . Okey . Eyah ikut plan Ibu and hope for get a better result ^^, .  Masa ni , macam2 problem  . Heheh .  . Hahaha ^^, .

  Gambar yang kat atas tu sebenarnya , kertas selepas sesi kauseling . Sebab result Eyah ada C jadi kenalah sesi kaunseling . HAHAHAH .  First time tau kena . Cikgu kaunseling meman rapat dengan Ibu jadi dia tahu perkembangan Eyah . Jadi dia tegur sepatutnya Eyah dah boleh stop seketika untuk focus periksa . Bukan ciku kaunseling jer yang cakap tapi majoriti ramai yang cakap makcik pakcik Eyah . hehehe ^^, Nampak tak degilnya . HAHAH . Lat sebulan baru berhenti .Masa sebulan tu Bila hari training Eyah bukan baca buku termenung jer lebih . HAHAH .

  Yang penting Terima Kasih Sesangat pada My IBU sebab selalu ugut Eyah suruh belajar ! belajar ! . Kalau ibu tak ugut mungkin Eyah pun tak dapat macam ni .Ibu selalu teman belajar dan hidangkan makanan . Tak lupa juga My Ayah yang sentiasa tenang kalau Eyah buat salah tapi marah tetap marah . HAHAH . My big plesure for Sir Hery yang sentiasa support Eyah and sentiasa memberi fikiran positif  . The big thanq's too All my Teacher SMKSP jika tiada cikgu yang sentiasa tunjuk ajar dan marah saya , tegur saya pasti bukan rezeki saya kali ni. Last but not least , All my Friends Hanif , Thaqif , Amir , Humairah , Syafie , Sanie , Hamiza , Khyrin , Aimi , Syahirah , Nabila And semuaaaaaa ! Frend 3 Elite .

  One and the most I thanq's To Allah . Because without Allah nothing can be ^^, .


 Alhamdullilah . Walaupun bukan secemerlang yang di idamkan . Tapi boleh la buat gembira gembira . HAHAH ^^, . Okey chaww dulu . . Eyah ngantuk  ^^,.

Sunday, December 16, 2012

Interclub Game ^^,

Assalamualaikum ... Tajuk sampai double selamat tak triple . Hehehe . Kurang kerajinan nak update sampai 2 Entry so just sekali larung satu entry but Two Story . like like. Cerita memang mengembirakan tapi dalam kegembiraan tu sentiasa ada kesedihan terselit . Huuu~ sentiasa beringat walaupun kita gembira pasti ada yang sedih ataupun duka .

  Firstly , Nak cerita pasal game Interclub " 15 / Disember / 2012 " . .Game Interclub Kedua buat Eyah . Tak gembira sangat sebab kali Kedua dapat Pingat gangsa ! Kali Kedua kalah dengan orang yang sama --" . Tapi Eyah dah berazam . Tahun depan kalau jumpa dia lagi . Eyah akan buktikan yang Eyah boleh fight dengan  dia . Sir Hery pun cakap Eyah boleh fight degan dia . Tak tahulah apa yang tak kena minggu lepas . Seriously , Eyah rasa Eyah macam baru lawan . Slow and loading habis . Macam masuk ring tu . Terpinga pinga je . Memang rasa bersalah Sangat lah pada Sir Hery and Teacher Leza . Eyah tahu coach Eyah target Eyah sampai mana .
  So , Tahun depan Eyah kena training baik baik . Hopefuly , no injured or anything can cause me slowww . Hahahah . Tahun depan memang perlu Focus betul-2 untuk dunia taekwondo dan Pelajaran . Harapan aku tahun depan perlu target lebih cemerlang pada tahun ni . The last tournament in 2012 .
Kutipan pingat :-
Pingat 2012 :)

All Pingat ^^, .



  • EMAS        : 5
  • PERAK      : 2
  • GANGSA  : 2
# Alhamdullilah . .  Terima Kasih untuk Ibu , Ayah , Coach Sir Hery , MATSA Family and Frend ^^, .


Friday, December 7, 2012

Hati Aku . Tiada lagi persoalan ?

Assalamualaikum ...
# Berdiam itu cukup indah bagi diri ku manakala mengukir Seyuman itu cukup senang untuk hati ku . <3

  Walaupun Allah memberi setiap manusia kesabaran . Tapi sampai bila diri ini mampu bersabar jika seringkali dijadikan kepentingan diri sendiri . Jika aku hanya mampu berdiam tapi mungkin tak lama untuk aku mempertahankan sifat aku . Kerana aku ini manusia biasa yang lemah . Aku juga dikurniakan perasaan marah . Aku takut sekiranya sampai masa nanti aku menjadi luar daripada sifat diri ku . Mungkin aku akan mengguris juga hati mu .

  Aku seringkali mendiamkan siri supaya cerita yang di tengkar kan akan berhenti sekerat jalan ataupun dapat berhenti seketika bagi masing masing menenangkan diri . Tetapi sikap yang ego pada diri mu membuatkan aku tertekan !!

  Aku seperti pasrah dengan sikap diam diri aku . Yang hanya menerima segala kata mu . Segala amarah mu .Aku setia mendengar supaya kamu sering bebas dari tekanan . Kerana aku tahu kamu lebih banyak menghadapi tekanan. Berbanding aku yang hanya membuat orang tertekan .

  Hidup perlu kan Kesabaran , Persefahaman dan Pedoman untuk hidup selalu memudahkan diri sendiri dan orang lain. Bukan mudah untuk kita memberi orang lain gembira . Sedangkan hidup kita sendiri merana .

Entah ! sampai bila perlu aku melalui rasa rasa seperti ini . Aku gembira kerana sikit sebanyak perkara yang berlaku ini mengajar aku untuk bersabar . Aku tak sanggup melawan setiap kata mu . Kerana aku tahu apa yang akan berlaku apabila setiap kata mu aku lawan  . Tapi sampai bila ? !!! . .

  Hanya berdiam diri apabila dipersalahkan adalah satu tekanan yang menyakitkan untuk diri aku . Tapi aku tak sanggup melihat kau jua akan terluka dengan kata aku nanti . Tapi kenapa kamu tak pernah menilai apa yang sedang aku lakukan . Aku cuba untuk menjaga hati mu . Aku cuba ! Ya Allah sukarnya ujian mu . Sukar untuk aku menjaga perasaan orang .

 Setiap hari aku akan mendengar segala luahan perasaan mu , segala kekalutan hidup mu . Sedangkan perasaan aku . Hanya dipendamkan didalam hati seperti keranda kosong yang tidak berpenghuni . Hahhh! Hati aku sebak mengharungi segala kekalutan hidup aku ini .

 Apa yang berlaku memang ujian Allah . Aku rela menerimanya . Kadang kadang aku fiir ingin saja mati untuk orang lain senang daripada aku hidup ada sahaja masalah yang datang . Kemahuan aku untuk tinggal sendirian untuk aku layan perasaan sakit ku . Ya Allah , betul ke apa yang aku lakukan selama ini . Adakah aku hanya perlu mendiamkan diri sahaja ? Sedangkan aku sedang di perlekehkan ? . . Sesungguhnya , ujian mu amat mudah untuk aku harungi kerana adanya kegmbiraan yang menemani aku sepanjang masa . Dan adaNya kau untuk menjaga ku .

Alhamdullilah , aku akan bersabar dan terus bersabar supaya aku tidak melukakan hati mu . Aku berjanji aku akan terus sentiasa dan selalu mendengar segala tekanan mu . Itu sahaja pengorbanan sementara waktu ini yang mampu aku lakukan . Aku tak sanggup menjawab segala kata mu . Kerana aku anggap segala kata mu sebagai nasihat dan pengajaran untuk diri aku . Terima Kasih :")

Indahnya Kata #1

Assalamualaikum ...


# Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. - Hamka 

Monday, December 3, 2012

You can EYAH --"

Assalamualaikum .. wooW !. . semua sihat tak ? . .khabar baik ke ?. . ermmm Eyah hari ni kurang sihat sikit la . Tapi tak mengapa itu bukan halangan untuk aku terus melangkah ke hadapan ^^, /motivasi/ untuk diri sendiri . Bukan lah tak sihat langsung sampai nanti korang cakap Eyah tipu pula . Kata tak sihat tapi boleh update status . HAHA ^^. . hebat tak Eyah baca hati awak . awak . awak . ~ .Eyah just kena sakit pinggang lagi jer . The crazy problem come to me !! . . shouuting ~ . . Eyah kadang-kadang sengal sikit . Sakit pun macam tak sakit . Tu kadang kadang orang cakap eyah tak ada perasaan . HAHA --" . Kalau sakit tak teruk sangat kita lepak lepak arr. .heheh ~ .

  Orang kata sakit sikit jer . Orang yang kena tembak , yang excident tu lagi teruk ~ ?? .How come the people think like that . OMG !! .. Tak per tak per . . Itu semua kata kata semangat sebenarnya . Come On !! Eyah . You should think positivly . Jangan pandang ke belakang terus toleh kedepan dan berlari pantas . Game dah nak dekat . Anggap sakit tu ujian Allah untuk aku jadi orang yang sabar ! yeaash ! . aku harap ada sokongan ^^, .

  Eyah punya sakit ni kalau kat rumah rasa nak gali lobang masuk dalam tu . Memang sakit ! tapi Eyah yang rasa orang lain mana boleh rasa sebab itu Eyah punya sakit . HAHA ^^, Tetapi bila kat training macam tadi . .perhhhh air mata dah nak meleleh dah sebenarnya sebab kena sprint , kena bongkok bongkok kan badan . Tapi tengok budak ramai-ramai masih semangat lagi . Hati ni diam sikit untuk terus berkata kata untuk STOP !  ~ terus bawa fikiran ni pikir perkara perkara yang seronok . Terutama kalau boleh ketawa Eyah ketawa jer . Janji Eyah tak fikir sakit tu .

  Tahun ni la paling teruk Eyah rasa kena sakit pinggang  .Tahun lepas macam biasa biasa jer . Ermm . Tapi sebab Eyah suka apa yang Eyah buat ni . Rasa tak sampai seru lagi Eyah nak berhenti Taekwondo ni . Mungkin jika sampai masa memang perlukan rehat untuk kebaikan sendiri . Akan Eyah fikikan . Ibu kadang kadang sampai bengang dengan Eyah sebab bila nak pegi mana mana kena tengok hari . Kalau ada training tak boleh pegilah sebab Eyah tak nak ikut nanti. HEHE ^^, .

  Bila tiba tiba terfikir , Bilalah sakit pinggang ni baik ? . Ada juga terfikir boleh lumpuh ke kalau sakit pinggang ni ? . Hati selalu juga tertanya tanya . . --" . .Kata orang sakit pinggang ni susah baik . Kadang baik pun lat dua tiga hari . Silap step amekaw ! dapat balik sakitnya . Hati nak juga pergi klinik check . Tapi bila dah terniat nak pegi tu sakitnya macam tak rasa . Nanti karang doktor tanya "Sakit kat mana " Eyah tercengang pulak nak jawab . Tapi seriouslah kali ni sakitnya unik tokk~  Mula mula sakit pinggang kanan nanti gerak pelahan pegi ke peha , nanti ke belah kiri ke lutut ! huuu~ gurauan sakit ni memang menyakitkan hati --" . HAHAH . .

  Tadi penat training balik , kepala boleh layang blog lagi . Habis update ni tidur laa~ . Esok nak ke padang . Cikgu Shikin suruh ajar Zikry taegeuk untuk greeding nanti . Jangan esok tak bagun lagi sudahlah . HAHA ^^, . Tadi pagi cikgu shikin call Eyah tanya napa tak sampai lagi. Hhehe rupanya tengah jogging atas katil . heheh ^^ , okeylahh nak letak tanda (nohta) dekat sini  . Selamat Malam :)

EyahRocket ^.^"" 

GEMPAKK!!..LOVE all'z