EYAH ROCKET

EYAH ROCKET
Dunia tidak menjanjikan keindahan setiap masa . Tapi akhirat ya !

Friday, November 23, 2012

Eyah Anak Loro ^^,

Assalamualaikum ... huuuu ~ Pagi ni sejuk sangat . sangat .sangattttt . . sampai bangun tidur perut terus main lagi Bunkface . Laparr --"  semua belum bangun . heee ~ Eh . eh . ! semalam masa Eyah tengok MaharajaLawak MEGA bersama Ayah dan Ibu. Eyah ada bertanyakan soalan terkezuttt pada Ayah . Tak tahulah terkejut ke tak ? .HAHAH ^^,. .

Ceritanya begini . . . . *lap screen lappy*

   Semalam lepas balik main ronders terus tengok TV dengan ayah ibu , tiba tiba teringat tadi naik Motor dengan Amir pegi rumah pengetua hantar barang sekali perjalanan balik nak pegi main ronders di rumah Syahirah terselempak ! dengan sir --" . .Hahaha  . . masa tu tak tahu kenapa tiba tiba cuak . Padahal , tak ada buat salah besar . Paling salah pun naik motor tak ada lesen dan dengan lelaki --" . HAHA . . kelakr laaa --" . Ni plan Amir laa . Eyah nak pegi sorang dia sebok nak bawa motor . Tapi tapi tapi dia bukan Boyfie kita ^^, dia dah ada orang punya . Okey cukupp intro >.<.

  Jadi bila dah tersempak tu Eyah terus buka cerita . HEHEH . lebih baik eyah cakap sendiri. So nak jadikan cerita balik petang tu terus cerita kat ayah dan ibu tadi naik Motor dengan Si anak Jef (amir) . Ibu kata tak apa , tapi jangan buat lagi Excident nanti panjang ceritanya . HEHE ^^< huuuuu keselamaatan --"  . Pastu siap-siap pegi training .

Haaaa masa mengusik ayah tiba . .lepas balik training . . .

  Eyah tanya ayah . Ayahhh 3 orang anak ayah mana paling cantik . Ayah jawab semua cantik tapi paling cantik kak Long . Eyah jawapan tu eyah dah agak dah . Kak Long eyah memang handsem ! HAHAH ^^, ramai Boyfie . BoyFie dia tak takut ke dengan dia dahla garang macam singa . HEHE ^^, . Soalan kedua Eyah tanya 3 orang anak ayah siapa paling baik ? . Ayah jawab semua baik cuma yang LORO jer tu nakal , hati keras dan macam ibu , tapi nasib hati kecik kalau tak mesti macam batu kepalanya . . macam ibu ? ? ?. Eyah heee~ tanya soalan lain ulasannya lain . hehehe --" . Pastu eyah cakap alaa anak ayah yang loro tu kan baik tambah dengan rajin . Bagiiii gorengggg = . =" . .


  Pastu ayah pun mulakan dia punya Alasannnn yang panjangnya seperti ULARsannnn . HAHA--" , Ayah cakap tak payah lah ayah nak cari contoh yang lama lama . Petang tadi siapa suruh naik motor dengan lelaki dengan tak ada lesennya . Pakai helmet tak tadi ? . Eyah alahh tu jer , ish eyah pakai helmet la . Eyah siap marah si anak Jef tu suruh pakai helmet . Tak caya ayah tanya diorang . HAHAH --" . Lagipun eyah duduk boleh masuk gajah kat tengah tu . Ayah jangan risau eyah tak buat lagi Promis ! *buat muka comel * . Lepas ni nak naik motor jangan berdua sampai ada lesen nanti . faham ! , Eyah oritte boss ^^, .

 Selepas persoalan kenakalan anak Loro encik Nordin ni terjawab eyah teus tanya " apa maksud ayah macam ibu bukan perangai nakal macam ayah ke " ? . Ayah jawab angah ni macam ibu . Ibu dulu ramai kawan lelaki sampai ayah nak kawan dengan ibu takut ibu dah ada pakwe . Eyah jadi kenemengenanya apa pak ?  Ayah jawab angah ayah tengo kawan ramai lelaki dari perempuan . Kalau tengok Kak Long seimbang . Kalau tengok ain perempuan jer . Eyah cakap mana ada ayah , sama jer . Cuma yang selalu datang rumah tu yang paling rapat yang lain rumah jauh jauh . Ayah ermmm yerlah . Eyah elehh itu jer  ? . Ayah cakap angah ni macam ibu kalau main permainan lelaki bola la, kereta control la,ronders la . Macam ibu la dulu tak reti duduk diam . Eyah HAHAH ^^, ayah jeloussss letteww ^^, .

  Anak loro tu maksudnya DUA dalam jawa . Banyak lagi ayah cerita pasal perbezaan aku dengan Along dan Ain . Tapi eyah tak larat la nak cerita semua Panjanggg Woorrrr ~ , HAHA .--" . Yang penting kata ayah , Eyah ni ada masa degil tapi bila ditegur terus buat , Tapi esok lusa buat lagi . Heee~ habit kot ?. . Yang paling best dengar ayah puji Eyah . Ayah cakap angah ni Berdikari dan Rajin ^^, tapi ada masanya kalau disuruh baru gerak kalau tak disuruh mengularr jer . . Wahhh ~ ayah baru tahu ke ? Heheh . Biasalah Eyah ikut perintah ayah suruh eyah buat . Ayah tak suruh baik tidow :)) .

  Ayah pesan tak kisah lah perangai angah ikut sapa ? atau pandai macam siapa ?. Yang penting angah jaga nama baik Ibu Ayah . Eyah Insyallahhhhhh ^^, . . Rasa nak nangis masa tu --" . Ayah buat drama sedih .HAHA . .

     Ermmm siapa anak LORO . Kita geng . Perangai kita ni ikut time . Ada masa okey ada masa minta Kaki . Heee --' . Walaupun kita ni orang kata degil . Tapi hati kita sebenarnya lembut . Anak kedua ni sentiasa nak buat orang lain ketawa walaupun hati dia tengah sedih . Orang susah nak tahu yang hati anak kedua ni tengah bersedih . Kalau anak kedua ni jatuh sakit dia tak akan tunjuk sehinggalah orang bertanya . Diorang juga suka barangan jenama walaupun pasar karat punya . HAHAH ^^, .

  Okey , laaa eyah nak sambung tidoww . Ngantuk --" . .Semoga kita jadi anak yang soleh dan soleha ^^,

Cinta ke ? --"

Assalamualaikum ... Alhamdullilah dengan izin Allah eyah masih bernafas untuk berkongsi cerita di dalam kotak diari ini . Apa ada dengan cinta MONYET ? . . hahaha ^^, Kita masih belajar tentang kehidupan yang penuh dengan ragam manusia . Yang baik , buruk , gedik , jahat , pengotor , ngemproh dan lain lagi . Hahh~ macam  ikan 8 rasa kan ? . . Minggu ni entahlah , mungkin minggu eyah penuhkan masa dengan kawan-kawan . Jadi pelbagai cerita yang berlaku antara kami atau rakan rakan Eyah . .

Hidup tidak selalu bahagia sekelip mata boleh jadi duka . . . . .

  Cinta ? . Eyah nak cerita pun eyah tak pernah bercinta ataupun bahasa saintifiknya "Couple" , Siapa la nak dengan budak perempuan yang tak secantik budak perempuan lain --" . . Heeee . Ermm dalam dua hari termasuk Hari ni Jumaat 23 November 2012 . Sahabat eyah sendiri melukakan hati sahabat eyah yang lain . Herrr~ macam menendang bola ke tiang goal . Perkara yang sia sia dilakukan tapi dengan sengaja melakukan . mensia sia kan masa :))

EYAH berkongsi pengalaman . . .

  Eyah bukan nak memburukkan mana mana pihak . Tapi sudah tercatat eyah perlu membantu kawan eyah bersama kawan kawan lain . Jadi sama sama kita jadikan pengajaran dalam hidup kita . Jika yang baik mampu kita ikut teruskan tapi jika tidak kita melangkah sejauh boleh .

*AWAS* Tolong jangan marah saya jika saya poyo --" . .saya tak tahu macam mana couple a.k.a cinta ? ?

 Kata orang CINTA tu Jodoh yang Allah tentukan untuk semua hambanya .Walaupun telah ditentukan kita perlu juga usaha mencari yang sepadan dengan hati kita . Kalau sekarang tidak sempurna mungkin suatu hari Allah akan temukan kita dengan orang yang lebih sempurna . Bagi lelaki jangan hanya seorang perempuan kau perlu muram selamanya . Bagi perempuan pula sebaliknya . Hidup tetap kena teruskan walaupun hati parah dilukakan . Apakan daya , semua Allah dah tentukan .

  Kata kata setia siapa tak boleh luahkan . Mungkin kalau Allah kurniakan mukjizat untuk kanak yang baru lahir boleh bercakap . Pastinya dia juga boleh mengatakan kata setia pada sesiapa saja . Baru satu hari eyah nampak mereka gelak tawa bersama . Bila malam hari yang sama mereka katakan lafaz putus . Dengan sebab yang sungguh menjahilkan diri sendiri . Bila perkara ini berlaku . Persahabatan mula hancur sedikit demi sedikit , Jika tiada bantuan eyah pasti Persahabatan yang di bina pasti akan musnah .

  Aku dah katakan , yang usia kita belum layak untuk bercinta . Kerana usia kita masih ditekan kan oleh Ibu dan Ayah masing masing malahan Guru juga keluarga yang usia kita ini perlu belajar mencapai cita cita . Kerana zaman modern ini jika kita lalai sedikit pastinya kita sesat . Bukan dilarang untuk bercinta tapi berfikirlah jika ingin buat keputusan .

  Siapa yang masih sebaya dengan eyah 15 ataupun yang masih bawah umur . acehhh ~ Hidup kita dihadapan banyak lagi masalah dan rintangan yang menunggu kita untuk menguji kita sama ada kita mampu maju kehadapan atau tersungkur duduk tediam . Pada usia kita memang amat digalakan meminta bantuan jika kita mempunyai masalah . Kerana usia kita masih belum cukup garam untuk mencari jalan . Kita cuma mampu menjadikan satu masalah itu sebagai pengalaman hidup kita . Supaya sampai masa ia berlaku kembali kita mampu untuk melawan .

   Usia kita sekarang tak tahu lah dibenarkan bercinta atau tidak ? . . sentiasa menjadi persoalan kepada awak . awak . awak dan awak . Ada orang cakap kawan jer dulu kalau ada jodoh tak kemana --" . Ada juga yang cakap jangan nak ngengada seluardalam pun mak carikan lagi --" . Yang cakap couple la janji tak rosak --" . .Haaaa~ mana satu ye ? ? . . entahlahh ~ ikut pendirian masing masing la kan ? . sama sama la pikir =D

  Bagi eyah masa ni eyah perlu mencari kawan yang ada susah senang sebanyak boleh . Bukan eyah melupakan keluarga dan orang yang pernah bantu eyah selamani . Mereka tu lagi penting daripada kawan . Kawan ni kalau tak ada okey lagi . Tapi kalau keluarga tak ada . Eyah tak nak hidup lagi . Tapi eyah perlukan kawan untuk eyah dapat bersaing dalam hidup untuk sama sama berjaya dan berkongsi duka apabila di luka kan .

Hidup EYAH perlu ada Keluarga , Rakan dan Minat eyah . Tiada siapa yang boleh pisahkan eyah ^^,

Wednesday, November 14, 2012

Kesabaran Membawa ? . .

Assalamualaikum ... setiap manusia ada perasaan . Tak alpa juga Allah sediakan sifat penyabar walaupun sikit , Tapi patut ke mengguna gunakan sifat penyabar orang itu untuk kepentingan sendiri . Jangan terlalu pikir kan diri sendri . Jnagan terasa diri tu sempurna sangat . Apa yang orang kata ada jer salahnya . Sampai bila kita nak tahu kelemahan diri kita . Kalau kita terlampau sempurna jangan duduk dengan orang lain . Pegi lah duduk sorang sorang .

   Kalau kita ada perasaan tak kan kita tak boleh rasa yang orang lain pun ada perasaan sama seperti kita . Sampai bila aku nak rasa macam ni ? ?. Apa aku cakap ada jer yang salah . Ada jer buruknya . Sampai bila aku nak jadi pembohong ! . Sampai bila . Sebelah kanan cerita buruk pasal orang kiri . Orang kiri cerita buruk pasal orang kanan . Tapi aku tetap diam . Walaupun aku yang terpaksa dengar cerita tu semua . Aku tak pernah beritahu antara dua tu . Aku simpan . Supaya tak ada siapa yang berbalah . Tak ada siapa yang benci satu sama lain . Tapi ada yang paham ! . .

  Aku yang jadi serabut . Aku sentiasa buat cerita kat dua belah . Yang antara mereka saling menyokong . Kanan cerita kiri bagus , kiri cerita kanan bagus . Tapi sebenarnya . Tapi hakikatnya . Masing masing ada jer salahnya . Hemmm ~ . . Entahlah . Aku tak tahu sampai bila aku nak mencipta cerita cerita palsu supaya dua dua sentiasa bersatu . Cerita buruk semua aku simpan jer . Memang aku tak sanggup nak cerita kat siapa-siapa . Biar lahh aku simpan . Mungkin suatu masa yang ditentukan aku akan cerita kat mereka . .

arghhhh ~ Perittttt sakit otak aku ni ! . .  Kita Sabar , Awak Sabar dan Kita Sama sama Sabar ="(

Tuesday, November 6, 2012

The Best Camp Ever .

Assalamualaikum ...seminggu sudah aku tinggal kan kau wahai diari nurani ku . Dengan seikhlas hati Eyah nak kongsikan cerita yang bercampur pelbagai perisa seperti ikan siakap masak 3 rasa di Program PERKHEMAHAN PANDU PUTERI KEBANGSAAN 2012.. Now Reading =D . . 

DAY 1ST 1 november 2012: 



Hari Pertama di Pusat Perkhemahan Tan Chay Yan Melaka . Sampai jer di pusat perkhemahan tersebut kami terus mengangkat beg masing-masing menaiki 10 anak tanggan dengan memabawa lebih 20 kilogram barang ke dewan terbuka untuk pendaftaran . Kami ke melaka dengan menaiki Bas Persiaran dari Sekolah Rendah Kluang Barat . Kat sana pun kami perlu turun bukit untuk beg disusunkan di dalam bas . Pada hari pertama kami dah terasa terlalu penat dengan hanya mengankat barang naik turun bukit . :D . . Selepas sesi pendaftaran dan memasang khemah . Kami perlu memabawa beg ke dalam khemah . Apakah malangnya kami kontijen Johor, Selangor,Terengganu dan Sabah terpaksa memacakkan khemah di kawan kaki bukit . .Perhh memang terlalu penat untuk naik turun bawa beg yang berkilo-kilo . Selepas semuanya siap pada waktu malam kami membuat aktiviti jambori . Seperti belajar tepukkan , nyanyian dan suai kenal . .Seronok :).


DAY 2ND 2 November 2012 :


Hari kedua disana kami dari subcame 4 dan subcame 3 pergi mengembara , berbasikal , belajar basic paintball , dan belajar membuat ikatan . Permulaan hari sungguh seronok tapi dengan izin Allah air hujan turun menyembah bumi lewat puku 7:30 petang . Kami bersyukur tak ada apa-apa kemalangan yang berlaku . Tapi yang sedihnya kawasan subcame 4 yang terdiri dari cawangan JOHOR, TERENGGANU, SELANGOR 1 dan SABAH di landa banjir teru dengan kelajuan aie yang sungguh deras . Tapi yang paling teruk kawan kontijen johor sebab kami di kawasan kaki bukit . Air turun memang deras sebab hujan terlalu lebat .

   Eyah dapat juga pengalaman selamat kan mangsa khemah runtuh dan khemah banjir termasuk khemah eyah sendiri . Eyah masa tu orang pertama yang keluar dari khemah masa hujan lebat . Sebab eyah ternampak khemah depan khemah eyah runtuh dan depan khemah cikgu mazlinda ditakungi air disebabkan sampah tersangkut . Masa tu eyah terus pakai baju hujan dan topi tolong alihkan sampah-sampah depan khemah cikgu dan kutip semua barang yang hayut . Patu dah ramai budak-budak keluar dan bantu orang orang lain yang perlu bantuan.  eyah dan kak siti bantu bukak khemah yang runtuh dan roadnya dah patah dalm hujan yang lebat .

 Lepas tu , semua barang-barang perlu dihantar ke atas tempat dewan supaya tak basah . Ya allah ini adalah hari paling seksa . Kena naik turun bukit dalam hujan lebat dan kena angkat beg sendiri dan tolong kawan-kawan juga . Saling bantu memabantu . . Memang semua dah basah la . Sampai malam tu lutut dengan pinggang sakit sangat . Nak call ibu takut ibu risau . So , buat selamber jer . Alhamdullilah semuanya dah selesai .

DAY 3RD :


Hari ketiga semua bangun tidur semua membersihkan khemah yang di tenggelami air . Macam -macam jumpa katak pun ada masuk dalam khema eyah. Selepas siap kemas khemas kita orang pun jemur semua baju yang basah . Sebab masa tu panas terik . Tepat pukul 2.00 petang bila semua dah siap kami berpakaian  lengkap uniform pandu puteri mengemas gerai masing-masing untuk majlis hari terbuka . Dapat lah merasa makanan- makanan tradisional negeri-negeri lain. Dah macam melancong dah . Satu hari jer dapat melancong semua negeri . Dalam masa kami semua berseronok tiba tiba hujan selabat-lebat tidak . Ada yang dah naik ke dewan . Hanya tinggal beberapa kontijen termasuk eyah yang tersekat di kawasan pameran bawah bukit dan beberapa kontijen yang lain .

   Masa tu dengan petir dan guruh saling menyambung yambung. Dah sebiji bunyi orang main paintball . Memang seram sangat . Semua pemimpin dah ada di dewan . Kata diorang yang selamat di dewan hati diorang risau sangat dengan kami semua di bawa sebab nampak petir menyambar tapak pameran . Syukurlah semua selamat . Masa tu bomba , ambulance dan polis datang untuk memastikan keselamatan kami terjamin . Start hari tu kami tidur di dewan sampai hari terakhir kerana hujan disetiap petang hari .

DAY 4TH :

Permulaan hari yang  berkoba-koba walupun eyah dah demam. Mula-mula kami membuat lawatan ke Zoo Melaka , River Cruise Melakan dan akhir di Taming Sari Melaka . Pada jam 1.45 tepat kami terus ke tapak mula Explorace di Afamosa . Masa tu semua excited dan happy dapat jalan-jalan bila dah terkepong dalam hutan . Alhamdullilah , eyah dapat jalankan tugas sebagai ketua kumpulan dengan baik atas bantuan penolong Nur Amirah dan Maggie Oi . Syukur juga kumpulan Eyah berjaya menyelesaikan segala tugasan yang diberi :D . thanq too ALLAH  . . Sepanjang kami disana petang dalam perjalanan balik ke pusat kem baru hujan . Walaupun demam bila kawan-kawan sentiasa support eyah terasa diri eyah sihat jer untuk menjalankan tugas .

  Kami semua kena berjalan kaki dari Afamosa hingga ke Janke Walk dan patah balik semula ke Afamosa . Eyah masa tu memang dah tak larat . Tapi sebab kawan-kawan sentiasa support eyah just go on .. Walaupun badan semakin panas . .

   Eyah nak ucapkan terima kasih pada kawan-kawan dari kontijen johor yang sudi menyanyikan bersama-sama lagu selamat hari lahir untuk hari lahir ibu eyah semasa didalam bas sewaktu ingin ke zoo melaka . .Korang memang the best . . Sporting gila ^^.


   Pada malam hari pula , kami membuat hari penutup dan Malam unggun api . Masa tu memang eyah tak larat sangat dengan rasaa sejuk jer. 1st time orang lain panas berpeluh-peluh eyah kesejukkan macam duduk kat air con . Semua kawan ambik berat thanq okey :) . .Yang paling seronok tapak kontijen duduk dengan orang kenamaan berucapa jaraknya bukan main jauh lagi . Dah tu bila diorang berucap ramai yang tidu termasuk laa eyah .^^. . Abis jer semua ni kami pun tidur ....

DAY 5TH :


Hari terakhir . Semua muka tak sabar nak jumpa family tapi hati terasa sedih bila terpaksa berpisah dengan kawan-kawan yang dah seminggu kenal . Ni kawan-kawan yang paling eyah rapat dari kontijen lain selain dari kontijen johor yang dah sememangnya rapat . , Diorang dari terengganu . The sporting girl guides . Exspecialy , Fina dari kanan nombor 3 . . Hope kita semua dapat berjumpa lagi :) . . THE BEST MEMORY STORY . . .

Alhamdullilah eyah diantara orang yang dapat sijil Antarabangsa girl guides . Nak settlekan 20 aktiviti memang banyak la kan . Selamat ada kawan-kawan membantu . terima kasih semua ^^.

Terima Kasih Ibu sebab suruh eyah pegi kem ni . Kem ni memang mengajar eyah hidup susah , menjadi sporting girl , beramah mesra dan sebagainya . Harap eyah dapat mengubah segala kelemahan eyah kepada perkara yang lebih baik . Aminnnnnnnn . . :D . . . Kalau ingin melihat lebih banyak gambar add Facebook Eyah :)

GEMPAKK!!..LOVE all'z