EYAH ROCKET

EYAH ROCKET
Dunia tidak menjanjikan keindahan setiap masa . Tapi akhirat ya !

Friday, November 11, 2011

Kenangan bersama arwah =)

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Ermmm tiba-tiba rindu arwah nenek ibu bila tengok gambar beliau di album. Kenapa awal sangat nenek pegi. Eyah rindu nenek sangat-sangat. Terlalu banyak kenangan nenek tinggal kan untuk eyah. Lagi untuk c.imah. yang selalu di sisi nenek.


Nenek eyah ingat lagi masa mula ibu mendapat talifon dari kampung yang nenek dah tiada dimuka bumi Allah ni. Ibu terus kejut eyah, ain dan ayah. Eyah tengok muka ibu dah lain sangat. Eyah masih tak paham lagi apa yang berlaku. Ibu cuma mengarah eyah untuk capai baju kurung. Dengan segera eyah melakukan perintah ibu. Setelah itu kami sekeluarga bergegas pulang kekampung.

Semasa dalam perjlanan ibu sentiasa busy dengan telipon kerana mahu memberi tahu sanak saudara bahawa nenek sudah tiada. Masa tu baru eyah tahu arwah nenek betul-2 sudah tiada. Ya Allah masa tu rasa terlalu kecewa Eyah kerana sepanjang 2 hari arwah hanya terbaring di katil eyah cuma melihat dari jauh saja . Eyah tak dekat dengan arwah nenek sekali pun. Ya Allah sedih sangat.

Setelah sampai dikampung masuk jer rumah eyah terus memandang bilik yang arwah nenek sakit dan tempat terakhir arwah nenek. Betul eyah berdiri depan pintu tu eyah nampak nenek dah di tutupi dengan kain putih. pada awal jam 3.30pg. Eyah terus mengalirkan air mata. Eyah dah tak tahan. Atuk dan c.im mula memujuk eyah. Tapi masing-2 tetap mengalirkan air mata. Orang pertama eyah SMS untuk beritahu nenek meninggal sir Hery , kak Gressia dan Fatin Humairah. masa Sir Hery,kak Gressia dengan Humaira jer eyah ingat. Sebab sebelum malam nenek meninggal tu eyah baru beritahu kat mereka yang nenek sakit.

Last eyah tengok arwah nenek pada jam 10.15pagi selepas mencium dahi arwah nenek. dan nenek terus bawa ke kubur. sampai sini jer cerita! eyah tak boleh sambung . ="(

kenangan ku =")
Dulu masa arwah nenek selalu ajak eyah tolong angkat pasu bunga.Tidur kampung dan macam-2 lagi la . Terlalu banyak. 

Tapi bila eyah punya pinggang start sengal-2. Bila arwah nenek suruh tolong hati eyah seperti merungut atau membantah perintah nenek. Tetapi eyah masih lakukan apa yang nenek suruh. Sekarang pasu -2 bunga kat rumah nenek tak pernah berubah tempat lagi. 

Kalau eyah tidur kat kampung eyah akan tidur dengan nenek . Sepanjang eyah dalam bilik tu dengan mata yang nak terlelap. Eyah dengar arwah nenek berzikir. Walaupun eyah tengok nenek seperti dah tido. Alhamdullilah eyah rasa arwah nenek sudah puas dengan ehidupannya yang serba serbi cukup.


p/s: nenek eyah rindu sangat dengan nenek. Last nenek bagi something kat eyah duit raya, last nenek cium pipi eyah masa raya, last nenek ikut eyah pegi tournament taekwondo dekat melaka 2009,last air mata eyah jatuh sebab nenek pada 14/9/2011...Tahun ni last hari raya bersama nenek..

AL FATIHA UNTUK ARWAH NENEK :')

No comments:

GEMPAKK!!..LOVE all'z