EYAH ROCKET

EYAH ROCKET
Dunia tidak menjanjikan keindahan setiap masa . Tapi akhirat ya !

Friday, July 8, 2011

DARI KEPALA BATAS KE NEW HAVEN !

NOVEL : Dari Kepala Batas Ke New Haven



A'kum...saya dah janji dengan kawan-2 nak ceritatentang novel yang saya dah baca kan?...ermmm ini la bukunya...banyak unsur motivasi untuk kita terus menuju puncak kejayaan...


    Khalili ada 6 orang adik beradik termasuk dirinya yang pertama Safiah, Halim, Khalili, Rosmah, Khairi dan Rokiah. Semasa umur Khalili 9 tahun bapanya (USTAZ KARIM) meninggal dunia akibat kanser. Pada mulanya kaki bapanya terkena bisul tetapi setelah lama kelamaan bisul itu menadi besar. Semasa ibunya (ustazah Aisyah) sering ulang alik dari hospital di Kuala Lumpur tempat bapa khalili mendapatkan rawatan Safiah,Rosmah,Khalili dan Halim terpaksa tinggal bersama makcik saudara mereka. Khairi dan Rokiah di bawa bersama ke KL kerana masih kecil.

   Semasa mereka tinggal di rumah makcik-2 nya mereka selalu di dera  dengan teruk. Setelah bapa Khalili meninggal mereka tinggal bersama datuk Khalili iaitu ayah kepada Ustazah Aisyah. Setelah beberapa bulan selepas suami Ustazah Aisyah meninggal bapanya pula meninggal akibat sakit tua. Sejak itu Ustazah Aisyah tinggal bersama emaknya Puan Aminah.
 
   Ustazah Aisyah dan anak-2nya terkejut apabila Puan Aminah yang selama ini terlalu sayang kepada mereka berubah terus seperti ibu tiri walhal Ustazah Aisyah itu adalah anak kandungnya dan anak-anak Ustazah Aisyah itu adalah cucu-cucu dari darah dagingnya sendiri. Setelah itu mereka di sekeluarga dihalau oleh Puan Aminah. Ustazah Aisyah mengambil masa untuk menunggu wang pencen Ustaz Karim unuk membuat rumah.]
 
   Setelah rumahnya dah siap, Ustazah Aisyah bersyukur kerana masih mempunyai tempat brteduh walaupun rumah nya seperti pondok kayu yang usang. Sejak masa itu Khalili membantu ibunya mencari duit dengan menjual kueh mentalam dan menjual buah langsat. Khalili terpaksa mencari duit kerana kak Safiah dan Abg Halim sudah masuk ke asrama.
 
    Bukan sekadar berkerja Khalili juga perlu fokus dalam pembelajarannya. Setiap hasil jualan dia akan beri kepada ibunya paling banyak pon hanya RM10 sahaja. Sepanjang melalui kehidupan yang penuh pancaroba ini pelbagai fitnah dan kata-kata yang diberikan orang kampung kepada keluarga Ustazah Aisyah... tetapi Khalili sebagai anak lelaki yang tinggal brsama Ustazah Aisyah tetap menjaga maruah keluarganya. Khalili masih ingat lagi apa kata-2 ayahnya "jika kamu anak lelaki kamu perlu jaga maruah keluarga".
 
    Halim dan Safiah mendapat pangkat 1 dalam SPM. Setelah habis dalam SPM halim dan safiah berhenti sekolah untuk menyara keluargnya pula. Selang beberapa tahun Khalili pula berjaya dalam SPM dia juga mengikut jejak langkah kakak dan abangnya. Setelah itu Khalili sambung belajar di AUSTRALIA ,AMARIKA dan akhir sekali NEW HAVEN. Walaupun dia belajar di luar negara dia tetap mengirim kan wang untuk Ustazah Aisyah.
   
     Semasa dia belajar disekolah rendah paling banyak wang yang diberi untuk ibunya hanya RM10 sekarang RM1000 hasil usahanya sendiri.Pelabagai liku hidup yang Khalili lalui untuk berjaya dalam hidupnya.

~TAMAT~

sory la saya tak cerita full sinopsis sebab saya ada lupa2 la...
heheh...

No comments:

GEMPAKK!!..LOVE all'z